BELANJAWAN 2015
Tharman ketengah pelajar raih faedah program kerja sambil belajar
Feb 24, 2015 | 05:30 AM
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Tharman Shanmugaratnam, semalam menyebut Encik Mohamad Jafry Samsudin sebagai contoh mengenai seorang pelajar politeknik yang mendapat faedah meraih kemahiran baru menerusi program bekerja sambil belajar.
Beliau adalah seorang daripada 10 pelajar yang menyertai program bekerja sambil belajar yang ditawarkan syarikat pengilangan Hope Technik - sebuah syarikat baru.