Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam akan melakukan lawatan ke India mulai esok (4 Julai) hingga 10 Julai.
Dalam lawatan itu, Encik Tharman dijangka menyampaikan Ceramah Peringatan Arun Jaitley pada 8 Julai serta bertemu dengan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi dan para menteri lain, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Ahad (3 Julai).
Beliau dijadualkan juga untuk menyampaikan ucapan semasa acara Kautilya Economic Conclave serta bertemu dengan ketua perniagaan dan kumpulan pemikir di New Delhi.
Kata PMO, Encik Tharman akan memulakan lawatannya di Assam dan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Encik Himanta Biswa Sarma.
Beliau akan merasmikan penyerahan Pusat Kemahiran Timur Laut daripada Khidmat Pendidikan ITE (ITEES) kepada pemerintah Assam.
Tambah kenyataan itu, Encik Tharman juga akan mengunjungi Institut Teknologi India Guwahati di samping sebuah inkubator syarikat pemula dan memerhatikan inisiatif merangsang sosial.
Encik Tharman akan diiringi oleh para pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan PMO, tambah kenyataan itu.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Tharman mula lawatan kerja ke India esok
Jul 03, 2022 | 04:48 PM