Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman: Pemerintah tidak akan biarkan pekerja asing sendirian; masyarakat sumbang pakaian baru, makanan

Apr 24, 2020 | 10:35 PM



PEMERINTAH dan ramai anggota masyarakat setempat dari serata Singapura kini sedang berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan kepada pekerja asing sewaktu tempoh wabak koronavirus ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.



Dalam catatan Facebooknya pada malam Jumaat (24 April), beliau berkata masyarakat setempat telah memberi pakaian baru dan makanan istimewa bagi pekerja asing yang kini menginap di blok-blok ‘berlian’ di Taman Jurong.



Menurutnya, pekerja asing tidak akan dibiarkan sendirian sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan ini.



Beliau berkata antara mereka merupakan dari India dan Bangladesh serta penganut Islam yang telah berbuka puasa malam tadi.



“Pemerintah sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu pekerja asing kita. Namun yang lebih menggalakkan adalah ramai individu serta kumpulan dari serata pulau (Singapura) kini sedang giat membantu pekerja itu sewaktu tempoh yang pencabar ini, seperti membantu warga Singapura yang memerlukan juga,” kata Encik Tharman.



“Walaupuan kita harus mengasingkan diri sewaktu tempoh pemutus litar ini, kita tetap tidak sendirian,” ujarnya.



Encik Tharman yang telah ‘menemui’ mereka menerusi panggilan dalam talian berkata kebanyakan pekerja asing di blok 63 hingga 66, Yung Kuan Road, itu merupakan pekerja perkhidmatan penting dan kini sedang menjalani tempoh Jangan Keluar Rumah setelah berpindah dari dormitori, sebelum mereka mula bekerja lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >