Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIMPOSIUM MENDAKI KEENAM

Tharman: Pendidikan asas dalam bentuk kompak sosial baru

Seru rapat jurang sejak kanak-kanak, perluas takrif kejayaan serta kemahiran dan perkukuh perpaduan S'pura
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



PENDIDIKAN adalah strategi sosial dan ekonomi paling asas bagi Singapura sejak permulaan negara ini dan terus merupakan strategi asas hingga kini.



Bahkan, melalui pendidikan juga Singapura dapat membangunkan sifat sosial yang diperlukan untuk menjadi masyarakat bersemangat dan bersatu serta kemahiran yang diperlukan sebagai ekonomi berdaya saing.



Namun, lebih daripada itu, pendidikan cara membentuk watak Singapura bagi masa depan serta membentuk kompak sosial baru.



Demikian kata Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, semasa menyampaikan ucaptamanya di Simposium Mendaki keenam di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec semalam.



"Pendidikan adalah asas kepada membentuk kompak sosial baru. Ia sesuatu yang membentuk kehidupan kita sedang kita maju ke hadapan bersama, jadi pendidikan merupakan kunci kepada kompak sosial masa depan," ujar beliau.



Encik Tharman mengetengahkan tiga perkara yang menurutnya mesti diberi perhatian dan usaha yang lebih.



Pertama, merapatkan jurang pada tahun-tahun awal kanak-kanak bagi memastikan peluang yang ada lebih saksama bagi semua, tidak kira latar belakang keluarga mereka.



Kedua, masyarakat perlu terus memperluas kejayaan dan kemahiran yang diiktiraf dan dirai.



Ketiga, memperkukuh semangat kebersamaan Singapura merentas kumpulan sosio ekonomi dan kumpulan etnik berbeza.



Encik Tharman berkata merapatkan jurang sejak tahun-tahun awal kanak-kanak "kritikal" dan memerlukan usaha bersama pelbagai pihak.



"Kita perlu bekerja lebih keras menentang kecenderungan semula jadi dalam setiap masyarakat, iaitu memastikan kelemahan dan kelebihan awal dapat dikekalkan sepanjang hayat.



"Ini kritikal. Adalah penting bagi Singapura semua orang mempunyai peluang adil untuk mencapai yang terbaik," ujar beliau.



"Ini memerlukan usaha bersama oleh pemerintah, kumpulan masyarakat, prasekolah dan sekolah privet untuk menangani jurang ini."



Beliau juga berkata lebih banyak merit perlu diiktiraf dan pada masa sama, hierarki antara kemahiran-kemahiran berbeza perlu dirapatkan.



"Kita mesti membangunkan julat kemahiran lebih luas dalam diri kanak-kanak sedang mereka membesar. Kita juga perlu menangani hierarki yang masih terlalu ketara antara kemahiran akademik dan bukan akademik, yang berterusan hingga ke alam pekerjaan.



"Sekolah-sekolah terbaik di sini mesti memberi pelajar lebih banyak pengalaman praktikal. Kita tidak sepatutnya menganggap kerja teknikal dan amali sebagai sesuatu yang dilakukan oleh mereka yang tidak kuat dari segi akademik sahaja."



Encik Tharman turut menekankan kepentingan memperkukuh kebersamaan warga Singapura serta mewujudkan rasa saling hormat, termasuk antara individu berbeza pemahaman dan pendirian.



Ini boleh dicapai dengan lebih banyak percampuran sosial, yang boleh membentuk persahabatan serta interaksi. Memberi contoh, beliau berkata sekolah perlu memanfaatkan kegiatan kokurikular (CCA) sebagai wadah menggalak percampuran sosial.



"Terlalu banyak CCA kita hari ini sudah menjadi hampir ekaetnik... bola keranjang, bola tampar, bola sepak - pasukan yang ada hari ini berbeza daripada yang ada pada 1980-an, dan kita semua tahu ini tidak sepatutnya berlaku.



"Namun, kita tidak mahu sistem kuota, tetapi ia perlu menjadi sebahagian daripada pemikiran kepimpinan sekolah - bagaimana menggalak kanak-kanak bermain, berlatih, menang dan kalah bersama, itulah tanggungjawab dalam pendidikan," ujar Encik Tharman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >