Tharman perjelas komennya mengenai politik tidak bermaruah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:56
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Tharman perjelas komennya mengenai politik tidak bermaruah

Sep 30, 2017 | 05:30 AM

PARTI Tindakan Rakyat (PAP) tidak melibatkan diri dalam politik tidak bermaruah semasa pilihan raya kecil Bukit Batok tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dalam laman Facebooknya semalam.

Beliau juga menekankan bahawa "perwatakan calon-calon ialah inti sebenar (jantung) politik".

Pengundi melihat pada tindakan seorang anggota politik dalam tempoh tertentu, menilai tujuan dan niat serta kewibawaannya, dan memutuskan sama ada mereka boleh mempercayainya atau tidak.

"Jika warga Singapura mengabaikan rekod pencapaian dan kewibawaan ahli politik, dalam PAP atau dalam parti (politik) lain, maka Singapuralah yang akhirnya terjerumus dalam keadaan tidak bermaruah. Itulah kisah yang terjadi di banyak negara," kata Encik Tharman.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan beberapa komen beliau dalam acara Perbincangan Majulah (Majulah Lecture) anjuran Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada Rabu lalu.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Ekonomi dan Dasar Sosial, ialah tamu terhormat majlis.

Dalam majlis itu, beliau menyentuh tentang masa depan pendidikan di Singapura dan bercakap tentang isu-isu berkaitan Presiden Dipilih, kaum dan politik, dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan ucapan dasar.

Di Facebook, Encik Tharman berkata bahawa beliau ditanya oleh peserta mengenai pandangannya sama ada landskap media perlu lebih terbuka dan media aliran utama "tidak dikawal oleh pemerintah."

Peserta juga bertanya sama ada beliau bersetuju dengan "politik tidak bermoral" atau gutter politics oleh PAP dalam pilihan raya baru-baru ini seperti di Bukit Batok.

Dalam penjelasannya itu, kata Encik Tharman, beliau berkata bahawa Singapura kini lebih terbuka berbanding dengan keadaan semasa beliau masih muda.

"Saya menambah bahawa rasa keterbatasan itu semakin berkurangan sekarang. Ya, (ada kalanya) anda ditolak ke belakang, dan kadangkala anda tidak menyukainya, dan saya sendiri tidak bersetuju dengan setiap taktik oleh setiap rakan kerja saya. T

"Tetapi saya perlu menyatakan, jika ada sesuatu yang dapat mendefinisikan PAP, ia adalah penekanan terhadap perwatakan, kejujuran dan bersikap benar kepada rakyat Singapura," ujar Encik Tharman.

Beliau turut menarik perhatian bahawa kadangkala sememangnya terdapat perbezaan pandangan mengenai beberapa isu dalam pemerintah dan dalam PAP.

"Tentunya ada (perbezaan) dan itu adalah sihat. Tetapi sebaik sahaja satu tindakan diputuskan, tidak lagi dapat disangkal bahawa kami akan memikul tanggungjawab secara bersama, dalam satu bentuk kepimpinan," jelas beliau.

Mengenai media, Encik Tharman berkata media aliran utama di Singapura bukanlah wadah yang tidak mempunyai peraturan.

"Ia juga bukanlah media yang dikawal ketat seperti yang dipersendakan oleh sesetengah pengkritik.

"Itu bukan halnya di Singapura - media (aliran utama) tidak menunggu untuk mendapatkan arahan, dan ia tidak semestinya bersetuju dengan setiap perkara yang dilakukan pemerintah," tegasnya.

Beliau menyifatkan media aliran utama di Singapura sebagai pemain yang bertanggungjawab dan berminda serius dalam pembangunan demokrasi Singapura.

Ia membantu supaya terus maju ke depan, tetapi mengutarakan pandangan yang dapat mengelakkan perpecahan dalam masyarakat.

"Itu bukanlah tanggungjawab yang mudah kerana keupayaan media memecahbelahkan masyarakat ialah satu risiko di mana jua.

"Pada hemat saya, media kita menjalankan tugas yang lebih baik dalam mengetengahkan kepentingan bersama warga Singapura, berbanding sesetengah negara Asia di mana media (di negara-negara itu) membesar-besarkan perpecahan dalam masyarakat sebagaimana dilihat tidak lama dahulu," ujar Encik Tharman.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map