Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman: Produktiviti, inovasi kunci pertumbuhan sedang dunia dalam kelembapan

Nov 20, 2015 | 03:43 PM



EKONOMI di seluruh dunia, baik yang baru muncul mahupun yang maju, sedang menjalani perubahan struktur besar yang bermakna pertumbuhan ekonomi dan perdagangan akan lebih perlahan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Jumaat (20 Nov).


Kunci pertumbuhan di tengah-tengah dunia yang lembap, katanya, ialah produktiviti dan inovasi, lapor akhbar The Straits Times dalam laporan dalam taliannya.


Dalam ucapan dasarnya di Forum Pandangan Global The Straits Times, Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Ekonomi dan Sosial Dasar, berkata dunia sedang memasuki fasa baru dalam ehwal global, ditandai oleh pertumbuhan lebih perlahan keseluruhannya.


Pada masa sama, dunia akan menghadapi ketegangan berterusan untuk tempoh panjang dek konflik sektarian yang kini tidak lagi terhad kepada beberapa negara di Timur Tengah tetapi meluas di seluruh dunia.


Bagainanapun, walaupun tetap terdapat peluang di sebalik kelembapan itu, ujar Encik Tharman.


Ini adalah "peluang yang akan datang kepada pemain inovatif, individu mahir dan pasukan yang menggabungkan kemahiran betul", kata beliau.


Beliau berkata syarikat Singapura sudah pun memanfaatkan peluang di seluruh dunia dan berjaya di negara asing dari Amerika Latin ke Russia.


Bagaimanapun untuk terus berjaya, Singapura perlu menjadi lebih inovatif dan produktif, katanya.


Di sinilah manfaat SkillsFuture. Program itu, yang diumum dalam belanjawan pemerintah pada awal tahun ini, akan membantu meningkatkan kemahiran pekerja "di seluruh tangga bagi semua jenis pekerjaan", kata Encik Tharman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >