Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman: Warga Singapura bertanggungjawab pastikan kebersihan negara

Nov 04, 2017 | 12:00 PM



 





USAHA untuk menjadi negara yang lebih bersih dan mengurangkan pembaziran memerlukan warga Singapura untuk lebih bertanggunjawab dalam kehidupan harian mereka.



Demikian yang ditekankan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam pagi tadi.



Beliau berkata bahawa Singapura sudah pun melangkah jauh dalam usaha menjadi bandar taman dengan taman-taman serta pokok-pokok di merata kawasan.



Namun dari segi kebersihan, beliau menambah: “Selepas 20 hingga 30 tahun, kita masih belum memperbaiki banyak kebiasaan kita.”



Dalam ucapannya yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai persekitaran, Encik Tharman menyentuh tentang warga Singapura yang bergantung kepada orang lain untuk melakukan kerja-kerja kebersihan untuk mereka.



“Buat masa sekarang, kami bergantung kepada seramai 50,000 pekerja kebersihan. Kami mempunyai inisiatif masyarakat...tetapi ini bukan cara yang sebetulnya,” katanya.



Beliau mendorong warga Singapura untuk berfikir tentang warga yang lain, serta memuji usaha Kementerian Pendidikan (MOE) untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti kebersihan mulai tahun ini.



Encik Tharman berucap di karnival Clean and Green, sebahagian daripada kempen persekitaran Clean and Green Singapore, yang diadakan di sebelah stesen MRT Boon Keng.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >