Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Thia Khiang: Jumlah pembangkang dalam Parlimen penting

Sep 02, 2015 | 04:56 PM



BILANGAN anggota pembangkang yang dipilih masuk ke Parlimen penting, kata setiausaha agung Parti Pekerja, Encik Low Thia Khiang.


Bercakap kepada pemberita semasa melakukan lawatan ke kawasan undi lamanya di Hougang pada Rabu (2 Sep), Encik Low mengulangi bahawa sekurang-kurangnya 20 Anggota Parlimen (AP) pembangkang diperlukan untuk memeriksa pemerintah dengan berkesan, sejajar dengan jumlah kementerian dan badan berkanun.


Beliau mula menimbulkan angka itu semasa memperkenal kumpulan pertama calon WP minggu lepas.


"Bilangan penting, mari kita menghadapi kenyataan. Kerana saya berada di Parlimen sejak 20 tahun lalu. Saya bercakap mengenai banyak isu sejak 20 tahun lalu. Tiada apa-apa yang telah berlaku.


"Apabila saya berpindah (kawasan undi) pada 2011, apabila tujuh Anggota Parlimen kami dipilih, anda lihat perubahannya," kata beliau.


Dalam sidang media pada Selasa, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata yang penting ialah mutu AP, bukan bilangan.


Ditanya apakah mempunyai terlalu banyak pembangkang mungkin membawa kepada keadaan di mana kemajuan tidak akan dicapai, pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, berkata:


"Saya fikir rakyat Singapura perlu bertanya pada diri sendiri apakah mereka fikir mereka mendapat perkhidmatan lebih baik apabila Parlimen terdiri daripada semua AP daripada parti pemerintah."


Encik Low mempertahan GRC Aljunied bersama Cik Lim, Encik Chen Show Mao, Encik Pritam Singh dan Encik Faisal Manap.


Mereka bersama AP penyandang SMC Hougang, Encik Png Eng Huat, semalama bertemu penduduk Hougang sebelum ke pasar di Lorong Ah Soo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >