Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada akses Internet di komputer pemerintah mulai Mei depan

Jun 08, 2016 | 07:20 AM



SEMUA komputer yang digunakan secara rasmi oleh kakitangan awam di Singapura akan diputuskan daripada Internet mulai Mei tahun depan, dalam satu langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini demi mengetatkan keselamatan.



Satu memo sedang diedar ke semua agensi pemerintah, kementerian dan badan berkanun mengenai sekatan Internet itu setahun dari sekarang.



Terdapat kira-kira 100,000 komputer yang digunakan oleh perkhidmatan awam dan semuanya akan terjejas.



"Pemerintah Singapura sentiasa mengkaji langkah-langkah IT kita untuk membuat rangkaian kita lebih selamat," kata jurucakap Penguasa Pembangunan Infokom (IDA), lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (8 Jun).



Langkah itu bertujuan menutup kebocoran yang berpotensi berlaku daripada e-mel kerja dan dokumen yang dikongsi di tengah-tengah ancaman keselamatan memuncak.



Ujian bermula dengan beberapa kakitangan IDA - agensi utama dalam langkah ini - seawal April. Laman web boleh dilayari hanya pada tablet atau telefon bimbit peribadi pekerja kerana alat-alat itu tidak mempunyai akses ke sistem e-mel pemerintah.



Terminal Internet khusus diberi kepada mereka yang memerlukannya untuk kerja.



Difahamkan kakitangan awam akan dibenarkan menghantar e-mel kerja ke akaun peribadi mereka, jika mereka perlu melakukannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >