Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada ayam segar, tiada masalah

Dua bulan setelah sekatan eksport ayam dari M'sia, peniaga dan pengguna setempat sudah jaya sesuaikan diri
Jul 27, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR dua bulan selepas bekalan ayam segar ke Singapura dari seberang Tambak tersekat, peniaga dan pengguna di sini berkata mereka telah pun menyesuaikan diri dengan bekalan ayam beku sebagai alternatif.



Beberapa peniaga di pasar yang ditinjau Berita Harian (BH) berkata keadaan perniagaan mereka tidak terjejas manakala pengguna pula berkata mereka 'tidak hilang selera' menggunakan ayam beku.



Sejak 1 Jun lalu, bekalan ayam segar di Singapura terjejas akibat sekatan eksport 36.1 juta ayam segar setiap bulan dari Malaysia yang masih berkuat kuasa. Sebelum sekatan tersebut, negara ini mendapatkan sekitar 34 peratus bekalan ayamnya dari seberang Tambak.



Salah seorang pengguna, Encik Salimee Sarip, berkata beliau dan keluarganya sudah selesa menggunakan ayam beku sebagai alternatif.



Pegawai keselamatan berusia 69 tahun itu berkata beliau boleh mendapatkan pilihan ayam kampung dari pasar berhanpiran rumahnya di Bukit Panjang dengan harga sekitar $12 dengan $18 seekor.



Justeru, untuk berjimat, beliau membeli ayam beku kerana ia lebih murah.



Dari segi rasa pun, semakin tidak dirasa perbezaannya, kata beliau.



Aplikasi mudah alih Price Kaki kendalian Persatuan Pengguna Singapura (Case) mencatatkan harga ayam beku seperti Ayam Griller Perdigau kekal berada dalam lingkungan $4.45 hingga $5.50 seberat 800 gram hingga sekilo.



"Tapi sekali-sekala saya beli juga ayam kampung di pasar yang lebih mahal, tapi jarang," ujarnya.



Pengguna lain memberitahu BH bahawa mereka kini sudah biasa dengan pilihan ayam beku sebagai alternatif.



Malah, sesetengah mereka berkata, dengan harga barang-barang pasar kini semakin meningkat, termasuk ayam beku, mereka juga telah mengehadkan pembelian ayam.



Pemilik perniagaan Encik Mustaffa Kamal Abdul Muttalip, 30 tahun berkata, beliau telah mengurangkan sehingga separuh bekalan ayam yang selalu dibelinya di pasar.



"Selalu setiap minggu saya beli bahagian ayam kepak, dada, paha, drumstick dan sebagainya masing-masing dua keping apabila saya pergi ke pasar. Sekarang saya cuma beli satu sahaja.



"Jadi setiap minggu kami hadkan masakan yang menggunakan bahan ayam paling-paling dua kali sahaja," jelas bapa dua anak itu.



Pengarah pembangunan perniagaan dan pemasaran laman perdagangan elektronik OurPasar Essentials, Encik Qamarul Solihien Daud turut memerhatikan perkembangan ini.



Menurutnya, secara umum pengguna tidak terkesan dengan ketiadaan bekalan ayam segar kerana terdapat banyak pilihan ayam beku.



Justeru, pembelian yang merosot sedikit itu adalah kerana isu kos barangan, bukan kerana pengguna tidak selesa dengan membeli ayam beku.



"Terdapat sedikit kemerosotan dari segi permintaan ayam beku di laman kami, berbanding permintaan yang melonjak dua hingga tiga kali ganda pada tempoh awal sekatan dari Malaysia itu berkuat kuasa," katanya.



Di Parlimen awal bulan ini, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu berkata pemerintah Singapura belum menerima sebarang maklumat terkini daripada kerajaan Malaysia mengenai rancangan mengakhiri larangan eksport ayam negara itu.



Singapura kini mengimport ayam beku daripada pelbagai negara termasuk Thailand, Australia, Brazil, Amerika Syarikat dan yang terbaru adalah Indonesia.



Bekalan ayam kampung dan ayam hitam segar dibolehkan diimport dari Malaysia apabila kerajaan itu melonggarkan sebahagian sekatannya pertengahan Jun lalu.



Malaysia mengenakan sekatan itu setelah negara itu menghadapi kekurangan bekalan ayam dengan harga siling ayam ditetapkan pada RM9.40 ($2.97 sekilogram) oleh kerajaan.



Pemilik Hashim Abbas Supplier of Fresh & Frozen Chicken & Meat di Pasar Geylang Serai, Encik Hashim Abbas, 73 tahun, yang kini menjual ayam beku dari Brazil dan Thailand serta ayam kampung dari Malaysia berkata meskipun pengguna dan peniaga seperti beliau sudah pun selesa membuat penyesuaianm, namun beliau tetap mengharap eksport bekalan ayam segar dari Malaysia dapat dimulakan semula.



"Dari sudut pelanggan kami tidak mempunyai masalah. Sehingga kini, kami tidak menghadapi aduan atau apa-apa kerana saya kira mereka sudah biasa dengan menggunakan ayam beku dan juga dengan harganya," katanya.



"Tapi harga tetap menjadi satu keprihatinan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >