Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada bayaran tambahan bagi khidmat Touch 'n Go di CIQ: Polis JB

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



KAKITANGAN syarikat Touch 'n Go, telah ditugaskan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ BSI) untuk membantu pemandu yang mempunyai masalah membuat pembayaran, kata jurucakap Jabatan Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar.



Namun tiada bayaran dikenakan bagi khidmat itu dan pemandu yang diminta membuat bayaran tambahan diminta membuat laporan polis, kata beliau, menjawab pertanyaan Berita Harian.



Ini selepas beberapa laporan media mengatakan ada beberapa individu mengambil kesempatan mengenakan bayaran tambahan bagi khidmat membantu pemandu yang mengalami kesukaran membayar tol, sama ada tiada kad Touch 'n Go atau tarikh guna kad mereka telah luput.



Jurucakap polis itu menambah, setakat ini tiada laporan diterima mengenai perkara tersebut.



Pemandu saran benarkan bayar tol guna kad kredit atau debit



Lebih ramai orang dari Singapura pergi ke Malaysia melalui sempadan darat sejak ia dibuka semula April lalu, dan ada yang menghadapi masalah membeli atau menambah nilai kad membayar tol Touch 'n Go.



Salah seorang daripada mereka ialah Encik Hairi Mohd, yang tidak dapat membeli kad Touch 'n Go baru di Singapura atau Johor.



Menurut Encik Hairi, ada pegawai imigresen menasihati beliau supaya meminjam kad Touch 'n Go daripada pemandu kereta di belakang keretanya.



"Saya juga diberitahu ada orang yang boleh membantu membayarkan tol, jika saya memerlukan perkhidmatan itu," kata kata peniaga berusia 34 tahun itu, yang pergi ke Johor Bahru sekali seminggu.



Encik Hairi berkata beliau tidak menggunakan khidmat itu kerana kad Touch 'n Go yang dimilikinya masih boleh digunakan, tapi beliau ingin membeli yang baru sebagai tambahan.



Namun pada awal minggu ini, akhbar The Star Malaysia berkata seorang pemandu dari Singapura bernama Encik L. Manan berkata beliau terpaksa membayar RM50 ($15.50) bagi perkhidmatan tersebut, walaupun bayaran toll adalah RM23.



Buat masa ini, selain menggunakan kad Touch 'n Go, pemandu dari Singapura boleh menggunakan kad EZ-Link x Touch 'n Go di BSI CIQ di Woodlands dan di CIQ Sultan Abu Bakar di Tuas Linkedua.



Kad alternatif ini adalah kad tanpa tunai yang boleh digunakan di kededua Singapura dan Malaysia. Namunk ia dijual di kedai 7-Eleven dan stesen minyak tertentu sahaja.



Pemeriksaan BH di beberapa kedai juga mendapati kad tersebut telah kehabisan.



Apabila dihubungi, seorang jurucakap Touch 'n Go di Kuala Lumpur berkata bekalan kad itu memang kehabisan dan beliau tidak dapat mengatakan bila bekalan baru akan tiba.



Dalam pada itu, seorang pemandu warga Singapura, Cik Syafiqah Maznan, menyarankan pusat pemeriksaan Johor membolehkan pembayaran tol menggunakan kad debit atau kredit.



"Pembayaran tol di sana tidak boleh dibuat secara tunai. Lebih baik jika diberi fleksibiliti bagi pembayaran tol, misalnya gunakan kad debit dan kredit, supaya dapat membantu menyelesaikan masalah ini," ujar pegawai pentadbiran berusia 29 tahun itu.



Menurut Cik Syafiqah, usaha beliau untuk mendapatkan kad baru di beberapa kedai minyak dan kedai runcit berhampiran CIQ BSI juga tidak berhasil.



"Mereka kata sudah lama tidak dapat bekalan baru kad Touch 'n Go. Beliau sarankan supaya saya dapatkan kad terpakai atau kad tambahan daripada warga Malaysia yang bekerja di Singapura jika perlu," kata Cik Syafiqah, yang masuk ke Johor Bahru dua kali sebulan bersama keluarganya.



Seorang lagi pemandu dari Singapura, Encik Farhan Ali, 31 tahun, berharap pihak imigresen Malaysia dapat memberi kelonggaran dalam pembayaran tol untuk masuk ke negara itu.



"Seperti mana kita tidak perlu membayar tol apabila ia mula-mula dibuka April lalu, mungkin mereka boleh memberi masa kepada warga Singapura supaya mereka boleh mendapatkan kad (Touch 'n Go) apabila stok sudah ada.



"Malah, langkah ini juga akan dapat meningkatkan pelancongan dan perniagaan mereka di JB dan seluruh Malaysia," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >