Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Tiada bazar tapi teruskan niaga di kedai 'pop-up' jual baju kurung lelaki

Apr 18, 2021 | 05:30 AM



PENIAGA baju kurung Mohd Rizal Mohd Jasni pernah menyewa gerai di bazar Geylang Serai selama dua musim semasa Ramadan.



Namun, oleh sebab tahun ini tiada bazar dianjurkan, beliau memutuskan untuk meneruskan perniagaan musimannya bukan menerusi dalam talian tetapi menyewa kedai 'pop-up' secara fizikal.



Kedai tersebut hanya disewa selama dua bulan - sebulan sebelum dan sebulan semasa Ramadan - di Joo Chiat Road.



Encik Mohd Rizal, yang hanya menjual baju kurung lelaki, berkata beliau diberi kebenaran menggunakan ruang tingkat bawah sebuah rumah kedai oleh rakannya yang menyewanya daripada tuan tanah bagi menjalankan jualan runcit.



Beliau membayar sewa subkecil sebanyak $3,500 untuk dua bulan.



Menjelaskan mengapa beliau tidak menggunakan wadah dalam talian untuk menjual pakaiannya, Encik Mohd Rizal, 47 tahun, berkata ini kerana pelanggannya lebih suka kedai fizikal sebab mereka dapat 'rasa' dan 'cuba' pakaiannya.



Ini meskipun beliau mempunyai akaun Facebook, Instagram, Carousel dan e-niaga di laman webnya, yang dimanfaatkannya untuk pemasaran.



Katanya, beliau menyewa kedai itu sebulan lebih awal sebelum Ramadan kerana percaya tahun ini masyarakat Islam mahu menyambut Hari Raya secara lebih meriah, tidak seperti tahun lalu.



"Saya terkejut dengan sambutannya. Saya selalu sangka orang beli baju kurung semasa Ramadan tapi apabila saya buka kedai ini (sebelum Ramadan), alhamdulillah sambutannya menggalakkan," katanya yang menjual baju kurung fesyen 'slim-fit' dan samping berjenama AR Design Collection yang dibekalkan dari Malaysia.



Beliau, yang ditemui di kedai 'pop-up'nya itu baru-baru ini, pernah menyewa bazar di Geylang Serai pada 2018 dan 2019.



Selain Hari Raya yang dijangka lebih meriah tahun ini, Encik Mohd Rizal juga berpendapat sempadan yang masih ditutup di antara Singapura dengan Malaysia telah mendorong peningkatan penjualannya dan juga kebanyakan produk Raya peniaga lain.



Ini memandangkan pembeli Singapura tidak mempunyai peluang berbelanja di seberang Tambak, yang sering dilakukan sebelum Ramadan, sebaliknya beralih ke sini untuk membeli-belah.



Bekalan bajunya pula dibawa masuk dari Johor Bahru dan tidak terjejas oleh pandemik Covid-19.



Memandang ke hadapan, Encik Mohd Rizal merancang mahu terus menyertai bazar setiap tahun dan akan menyewa kedai secara tetap di kawasan Geylang Serai tahun ini dengan fokus menjual hanya baju kurung lelaki.



"Tidak ada kedai di sini yang khusus menjual baju kurung lelaki sahaja. Saya rasa pasaran lelaki juga mahu sesuatu yang khusus.



"Oleh itu, kami mahu jenama kami khusus untuk mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >