Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada bonus akhir tahun bagi pekerja perkhidmatan awam dek ekonomi mencabar

Nov 27, 2020 | 06:04 PM




PEKERJA perkhidmatan awam tidak akan menerima bonus akhir tahun pada 2020 memandangkan keadaan ekonomi yang mencabar, kata pemerintah setelah berunding dengan kesatuan sektor awam.





Pun begitu, untuk menyokong pekerja perkhidmatan awam yang bergaji rendah dalam tempoh sukar ini, pemerintah akan memberikan mereka bayaran sekali bernilai $1,200.





Ia akan diberikan kepada pegawai Gred III hingga V dalam  Skim Sokongan Operasi serta gred setara dengannya.





Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (27 Nov), Jabatan Perkhidmatan Awam di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan cukup mendalam pada ekonomi Singapura dan pasaran pekerjaan tahun ini.





"Sektor awam bersatu padu dengan rakyat Singapura dalam mengharungi persekitaran ekonomi mencabar ini.





"Berdasarkan rundingan rapat dengan kesatuan sektor awam, pemerintah telah memutuskan tidak akan memberikan komponen gaji berubah-ubah tahunan (AVC) hujung tahun bagi pekerja perkhidmatan awam tahun ini.





"Bersama-sama AVC sifar pertengahan tahun yang diumumkan sebelum ini, ini bermakna tiada sebarang AVC bagi keseluruhan tahun ini," menurut kenyataan tersebut.





Namum pemerintah akan tetap membayar Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA) pada kadar satu bulan kepada semua pekerja perkhidmatan awam.






"Pegawai awam kami telah bekerja keras dalam beberapa bulan lalu dalam menentang Covid-19. Pemerintah amat menghargai kerja keras semua pegawai awam," tambah kenyataan tersebut.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >