Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada bukti cacar monyet tular di S'pura

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



TIADA bukti penularan lanjut penyakit cacar monyet dalam masyarakat daripada kes yang dilaporkan.



Sehingga kelmarin, Singapura mempunyai 11 kes yang dilaporkan, dengan 45 kenalan rapat dikenal pasti, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Semua kenalan rapat yang kekal di Singapura dalam keadaan sihat dan 11 individu telah selesai menjalani kuarantin mereka.



Setakat ini, tiada kenalan tempatan mengalami tanda-tanda yang serasi dengan cacar monyet mahupun diuji positif bagi penyakit itu, tambah beliau.



Kenalan rapat ditawarkan vaksin cacar sebagai profilaksis selepas pendedahan, yang dilaporkan 85 peratus berkesan mencegah jangkitan cacar monyet.



Profilaksis selepas pendedahan bermaksud mengambil ubat untuk mencegah cacar monyet selepas pendedahan.



Sehingga kini, 11 kenalan rapat telah mengambil vaksin itu.



"Bagaimanapun, dan seperti yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksinasi secara besar-besaran seluruh penduduk... pada masa ini tidak disyorkan sebagai strategi pencegahan untuk cacar monyet kerana manfaatnya tidak melebihi risiko," kata Dr Janil.



Individu yang berisiko tinggi dijangkiti, termasuk kakitangan penjagaan kesihatan dan makmal, disebabkan pendedahan kepada kes yang disahkan atau spesimen mereka mungkin ditawarkan vaksin cacar untuk melindungi mereka daripada dijangkiti.



Terdapat bekalan vaksin yang mencukupi, kata Dr Janil.



Berdasarkan data antarabangsa yang sedia ada, wabak cacar monyet semasa secara amnya menyebabkan penyakit ringan dan terbatas.



Dengan tiga kematian daripada lebih 20,900 kes yang dilaporkan di luar Afrika, kadar kematian kes kini berada pada sekitar 0.01 peratus, atau kira-kira satu daripada 10,000.



Sedang Kementerian Kesihatan (MOH) mempelajari lebih lanjut tentang penyakit itu, ia akan terus menyemak dan menyesuaikan langkah tindak balasnya agar setara dengan risiko kesihatan awam.



Selaras dengan saranan WHO, MOH juga telah memberikan nasihat dan langkah berjaga-jaga yang sewajarnya kepada orang ramai, termasuk penduduk yang berisiko, untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan risiko penularan seterusnya.



"MOH akan terus memantau situasi cacar monyet dengan teliti dan menyesuaikan lagi langkah kesiapsiagaan dan tindak balas kami, termasuk strategi vaksinasi, seperti yang diperlukan," kata Dr Janil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >