TIDAK akan ada bunga api tahun ini pada perayaan malam Tahun Baru di Marina Bay dalam usaha mengurangkan perhimpunan ramai di kawasan itu di tengah wabak Covid-19.
Sebaliknya, pertunjukan bunga api akan diadakan di lokasi berlainan di serata Singapura, kata Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.