Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada DNA babi dalam dua produk Li Chuan: Muis

Feb 05, 2021 | 07:45 PM




TIADA DNA babi dikesan dalam produk ‘Li Chuan Fish Ball’ dan ‘Li Chuan Cuttlefish Ball’, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataan pada Jumaat (5 Feb).





Malah produk Li Chuan di Singapura itu memenuhi keperluan pensijilan halal, justeru Muis membenarkan syarikat tersebut menyambung semula penjualan produk itu di Singapura.





Muis sebelum ini telah mengarahkan pemegang sijil halalnya berhenti menggunakan dua produk tersebut yang didakwa mengandungi DNA babi dengan serta-merta.





Menurut kenyataan Muis itu, pemeriksaan loji mendapati semua keperluan sistem pengurusan halal Muis dipatuhi, dan hanya bahan yang diluluskan digunakan dalam persiapan makanan.





Semua sampel yang dikumpul diuji oleh tiga makmal berbeza, termasuk Pusat Nasional bagi Sains Makanan di bawah Agensi Makanan Singapura (SFA).





Tiada DNA babi didapati dalam sebarang ujian dilakukan, kata Muis.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >