Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Tiada ikat jamin bagi suspek buat ancaman bom palsu dalam pesawat SIA

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa terdapat bom di dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) tidak diberi sebarang ikat jamin semalam kerana dia dianggap berbahaya kepada orang ramai.



Pada 29 September lalu, La Andy Hien Duc, seorang warga Amerika, didakwa menggunakan perkataan yang mengancam selain menyebabkan kecederaan semasa menaiki pesawat SIA SQ33 dari San Francisco ke Singapura.



Dia didakwa menjerit terdapat bom di dalam pesawat itu lalu mengambil bagasi penumpang lain dari tempat simpanan barang di atas tempat duduk penumpang.



Dia turut didakwa menyerang kru kabin yang cuba menghalang dan menahannya.



Hien Duc, yang tidak hadir di mahkamah semalam, telah memohon untuk dibebaskan dengan ikat jamin.



Dia telah ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk pemerhatian psikiatrik.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Lim Ying Ming tidak bersetuju dengan permohonan Hien Duc untuk dibebaskan dengan ikat jamin.



DPP Lim berkata pakar psikiatri IMH telah menilai bahawa tertuduh menimbulkan bahaya kepada orang ramai.



Beliau menambah: "Tekanan berada di negara asing, termasuk kenyataan bahawa dia tidak mempunyai tempat yang tetap untuk tinggal dan tiada siapa untuk memantau pematuhan terhadap perubatannya, adalah faktor risiko untuk kejadian berulang."



Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa Hien Duc disahkan menghidap skizofrenia.



DPP Lim menambah: "Tertuduh mempunyai sejarah mengambil ganja juga. Jika dia mendapat akses kepada dadah, ia hanya akan memburukkan lagi risikonya.



"Dengan keadaan tertuduh direman, ia juga demi kepentingan keselamatan dirinya sendiri."



"Oleh itu, terdapat risiko sebenar bahawa tertuduh akan melarikan diri jika dia dilepaskan dengan ikat jamin.



"Jika ini (berlaku), ia akan mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan jenayah."



Bersetuju dengan alasan yang diberikan DPP Lim, Hakim Daerah Encik Terence Tay memutuskan bahawa tiada ikat jamin akan ditawarkan kepada Hien Duc.



Peguam bela Hien Duc, Encik Johannes Hadi dari firma guaman Eugene Thuraisingam, meminta akses kepada kliennya, yang telah dibenarkan.



Hien Duc dijangka hadir di mahkamah pada 27 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >