Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Setempat

Tiada kaitan antara kes keracunan makanan di Mandarin Orchard, FoodTalks, Tung Lok dan Spize

Dec 14, 2018 | 08:38 PM

TIGA kes radang perut dan usus (gastroenteritis) berhubung Hotel Mandarin Orchard, FoodTalks Caterer & Manufacturer dan Tung Lok Millennium yang berlaku baru-baru ini didapati tiada kaitan antara satu sama lain.

Kes tersebut juga didapati tiada kaitan dengan bakteria Salmonella yang ditemui dalam kes keracunan makanan berhubung Spize Restaurant di River Valley Road, kata Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) dalam satu kenyataan bersama hari ini (14 Disember).

MOH, NEA dan AVA berkata siasatan mereka ke atas Hotel Mandarin Orchard menunjukkan kejadian di premis mereka itu merupakan kes radang perut dan usus norovirus.

Novovirus ialah virus yang menyebabkan radang perut dan usus dan boleh merebak dengan mudah daripada makanan yang tercemar atau permukaan sekitaran.

Siasatan ke atas FoodTalks Caterer & Manufacturer pada 27 November lalu pula mendedahkan terdapat beberapa kelemahan kebersihan dan tabiat dalam dapur yang lemah.

Berkenaan kes makanan yang disediakan Tung Lok Millennium, mereka juga mendapati terdapat beberapa kelemahan kebersihan dan tabiat dalam dapur yang lemah menyusuli pemeriksaan.

MOH, NEA dan AVA berkata pihak berkuasa akan terus memantau rapat premis yang terbabit itu dan bekerjasama dengan mereka untuk mempertingkat amalan kebersihan makanan.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian