Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada 'kaitan jelas' antara kes jangkitan isteri pegawai ICA dengan kelompok TTSH: Kenneth Mak

Apr 30, 2021 | 11:33 PM



TIGA soalan genting diajukan di sesi media pasukan bertindak berbilang kementerian bagi menangani Covid-19 pada Jumaat (30 April) berhubung dengan peningkatan kes masyarakat dan dua kelompok melibatkan Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan pegawai imigresen di Terminal 1, Lapangan Terbang Changi.



Akhbar The Straits Times menyenaraikan tiga soalan dan jawapannya.



Soalan: Adakah kes isteri pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang merupakan jururawat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) ada kena mengena dengan kelompok di hospital itu?



Jawapan: Pengarah Khidmat Perubatan di Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Madya Kenneth Mak berkata, sejauh ini, tiada "kaitan jelas" antara isteri pegawai ICA itu dengan jururawat di TTSH serta kelompok yang terbentuk di hospital itu.



"Dari segi ke mana beliau pergi, di mana beliau bekerja, ia tidak menampakkan bahawa ia bertindih dengan pergerakan pesakit atau kakitangan lain yang telah kami kesan kini sebagai sebahagian kelompok di TTSH," jelas Profesor Mak.



Bagaimanapun, beliau menambah siasatan epidemiologi dan proses jejak kontak masih diteruskan dan sebagai langkah berjaga-jaga wad di mana jururawat itu berada kini ditutup.



Semua kakitangan dan pesakit wad itu juga diuji dan kajian kini dijalankan ke atas mereka yang diuji positif. Ini mungkin akan memberi data tambahan yang akan membolehkan kita menentukan sama ada sumber jangkitannya ini sebenarnya berkaitan dengan penularan wabak yang sama yang kita lihat di TTSH,"  tambah Profesor Mak.



Beliau berkata kemungkinan dua kelompok ini berbeza daripada satu sama lain tetapi beliau menambah: "Kami berfikiran terbuka dan siasatan masih diteruskan."



Soalan: Dari mana asalnya kelompok TTSH dan bagaimana individu pertama dijangkiti?



Jawapan: Profesor Mak memberitahu sedang siasatan epidemiologi dijalankan, tidak diketahui sejauh ini siapa kes pertama dalam kelompok TTSH ini dan bagaimana beliau dijangkiti.



Bagaimanapun, beliau menambah individu pertama yang melaporkan dirinya dengan jangkitan tersebut merupakan jururawat yang memberitahu tentang tanda ringan pernafasan yang terjejas selapas protokol dilaksanakan di hospital itu. 



Lantaran itu, pihak berkuasa boleh mengesan jangkitan ini dan mula melakukan proses menjejak kontak dan ujian Covid-19.



"Namun, beliau mungkin bukan pesakit asal yang dijangkiti mahupun penyebab pesakit dan kakitangan lain dijangkiti juga. Justeru, kita biarkan terbuka kemungkinan jangkitan ini mungkin berlaku dan melanda hospital ini oleh seseorang yang lain," kata Profesor Mak sambil menambah kes pertama yang sebenarnya mungkin seseorang yang belum lagi dikesan dan akan muncul dalam masa beberapa hari berikut di mana ujian dilaksanakan.



Soalan: Mengapa pesakit dengan tanda penyakit dipindahkan dari satu wad ke wad lain di TTSH?



Jawapan: Kes ini melibatkan pesakit 57 tahun di TTSH yang asalnya berada di Wad 7D tetapi dipindahkan ke 9D. Lelaki ini mula demam pada 16 April tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan. Pada 18 April, beliau ke jabatan kecemasan TTSH selepas demamnya berlarutan dan beliau mula selesema dan batuk.



Beliau didapati negatif Covid-19 dan seterusnya diletakkan di Wad 7D. Pada 20 April, beliau dipindahkan ke Wad 9D.



Profesor Mak menjelaskan lelaki ini awalnya diletakkan di Wad 7D bagi pemerhatian. Bagaimanapun, apabila kemudahan katil kemudian ada di wad jagaan yang pasti iaitu 9D, beliau dipindahkan ke sana.



Beliau menambah di atas adanya banyak rasa berjaga-jaga, semua kakitangan dan pesakit Wad 7D diuji bagi virus itu dengan sejauh ini tiada yang positif.



"Justeru, kita terus berjaga-jaga dan pantau keadaan sama ada akan ada lebih banyak kes yang akan muncul menerusi latihan ujian yang dikendalikan," ujar Profesor Mak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >