Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Tiada kekata lewat untuk terus berusaha pertingkat diri'

Aug 16, 2021 | 05:30 AM



MINATNYA dalam keselamatan siber dipupuk ketika mengikuti kursus diploma di Politeknik Singapura pada 2019.



Encik Muhammad Ariff Sanip, 33 tahun, tidak menyedari bahawa beliau ada minat terhadap kursus tersebut, apatah lagi bakat terpendam.



Beliau telah meraih keputusan cemerlang dengan GPA 4.0 ketika lulus Diploma Khusus dalam Pengurusan Keselamatan Siber.



Oleh itu, ketika diberi peluang meneruskan pembelajarannya ke peringkat universiti, bapa dua anak berusia tiga dan empat tahun itu, tanpa tergesa-gesa menyahut cabarannya.



Untuk meyakinkan dirinya dengan lebih lanjut akan minatnya ini, beliau mengambil peperiksaan praktikal Sijil Penggodaman Beretika (Certified Ethical Hacking) yang ditawarkan EC-Council.



Sebagai penggodam beretika, Encik Muhammad Ariff dapat mempertahankan sistem dari penggodam lain yang ingin mengakses atau mencuri maklumat dalam talian.



Pengalamannya di syarikat Ensign Infosecurity sebagai jurutera bersekutu telah memberinya banyak pengajaran.



Tugasnya kini merangkumi pembetulan dan pencegahan sistem komputer di syarikat itu.



"Di Ensign, setiap hari saya dapat mempelajari sesuatu yang baru ataupun pengalaman dan cabaran yang baru," ujar beliau kepada Berita Harian.



Oleh kerana ingin terus mendalami dan memperbaiki kemahirannya itu, Encik Muhammad Ariff telah mendaftar untuk program Ensign yang bekerjasama dengan Institut Teknologi Singapura (SIT).



"Dengan kesempatan pembelajaran ini, ia memberi peluang saya berkembang sebagai profesional keselamatan siber.



"Dalam pada itu, saya dapat menerapkan apa yang telah dipelajari bagi manfaat dan kepentingan pekerjaan pada masa depan,'' jelas beliau.



Encik Muhammad Ariff turut berkongsi betapa gembira dan bangga rakan-rakan kerja serta keluarganya yang telah memberikan sokongan yang luar biasa kepadanya untuk teruskan kerja sepenuh masa sambil belajar.



"Pengurus saya telah berkumpul dengan pasukan saya dan kami siap berbincang tentang bagaimana mahu merancang jadual kerja saya supaya dapat bekerja dan belajar dengan baik.



"Selain itu, isteri saya, Siti Suhaila Rahmat, 32 tahun, sangat menggalakkan saya untuk terus belajar dan pada masa yang sama, menjadi teladan kepada anak-anak bahawa pembelajaran itu sepanjang hayat," kongsinya.



Cik Siti Suhaila adalah suri rumah sepenuh masa dengan mengusahakan perniagaan dari rumah menjual brownie.



Program keselamatan siber itu akan dijalankan selama lima tahun. Justeru, Encik Muhammad Ariff akan selesai pengajiannya pada 2026.



"Motivasi utama saya adalah perkembangan diri sendiri. Saya seorang yang suka menyahut cabaran dan sentiasa ingin melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya. Secara jujur, saya rasa tidak ada kekata lewat untuk seseorang individu memburu ilmu bagi pertingkat dan majukan diri.''




"Motivasi utama saya adalah perkembangan diri sendiri. Saya seorang yang suka menyahut cabaran dan sentiasa ingin melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya. Secara jujur, saya rasa tidak ada kekata lewat untuk seseorang individu memburu ilmu bagi pertingkat dan majukan diri.''
- Encik Muhammad Ariff Sanip.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >