Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada kelompok KTV terima geran peralihan pemerintah

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



TIADA perniagaan di bawah kelompok Covid-19 KTV telah menerima geran peralihan, menurut satu kenyataan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Enterprise Singapore (ESG) semalam.



Sehingga 21 Julai, lebih 400 perniagaan kelab malam telah beralih kepada bentuk perniagaan lain, dengan 18 perniagaan menerima pakej sokongan peralihan ESG untuk beralih kepada operasi makanan dan minuman.



Daripada 18 itu, 10 merupakan bar dan pub, enam kelab malam dan disko serta dua lain adalah perniagaan karaoke.



Menurut kenyataan bersama MTI dan ESG itu, kriteria ketat telah dilaksanakan dalam menilai pemohon geran.



Kenyataan itu dikeluarkan semalam bagi menjelaskan spekulasi bahawa KTV yang terlibat dalam kes Covid-19 yang semakin meningkat, telah menerima pendanaan pemerintah untuk beralih kepada model perniagaan lain.



Menurut kededua agensi, sesebuah syarikat itu perlu memberikan pelan perniagaan termasuk butiran mengenai tuntutan operasi.



Setiap permohonan kemudian akan dinilai dengan teliti dan mengambil kira faktor seperti pelan beroperasi pemohon.



Kenyataan itu berkata, pemohon yang diluluskan akan layak menerima geran peralihan sehingga $50,000 daripada ESG bagi meredakan kos yang ditanggung dalam proses peralihan.



Ini seperti kos peralatan dan kos konsultasi pihak ketiga, kata kededua agensi itu dalam kenyataannya.



Ia menjelaskan bahawa pelbagai agensi seperti ESG dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah melakukan pemeriksaan ke atas semua perniagaan makanan dan minuman bagi memastikan semuanya mematuhi protokol pengurusan keselamatan.



"Agensi-agensi tidak akan keberatan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap pengendali yang melanggar peraturan.



"Jika didapati melanggar langkah pengurusan selamat, syarat geran atau pengisytiharan yang dibuat dalam permohonan geran mereka, ESG mempunyai hak mendapatkan semula geran itu walaupun setelah diagihkan," terang MTI dan ESG dalam kenyataan itu.



Ekoran pandemik, semua perniagaan kelab malam tidak dibenarkan beroperasi mulai 27 Mac tahun lalu.



Berikutan permohonan perniagaan kepada pemerintah untuk membolehkan mereka beralih ke kegiatan lain seperti F&B, pemerintah membolehkan perniagaan tertentu beralih kepada kegiatan yang dibenarkan sejak Oktober tahun lalu.



Kelompok KTV kini telah merebak kepada pasar-pasar dan pusat makanan setempat seperti Pasar dan Pusat Makanan Haig Road, Pasar Chong Pang dan Chong Boon, antara yang terkini.



Disebabkan ini, Singapura telah mengambil keputusan untuk kembali ke Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) bagi menyekat penularan yang lebih pesat.



Pemerintah juga telah mengedarkan kit ujian percuma kepada mereka yang telah mengunjungi empat pasar dan pusat makan yang berkait dalam masa 14 hari lalu.



Tempat-tempat itu adalah Pasar dan Pusat Makanan Cheng San, Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon, Pasar dan Pusat Makanan Geylang Serai serta Pasar dan Pusat Makanan Haig Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >