Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada kes baru Covid-19 dalam kalangan kakitangan CGH

Jun 28, 2021 | 11:48 PM



UJIAN yang dilakukan ke atas pekerja penjagaan kesihatan di Hospital Besar Changi (CGH) tidak menemui sebarang kes Covid-19 baru sejak sebuah kelompok muncul di hospital tersebut minggu lalu.



Langkah-langkah kawalan telah diperketat sejak kakitangan pertama dalam kelompok itu diuji positif, menurut CGH dalam satu kenyataan pada Isnin (28 Jun).



Ia menambah bahawa melalui ujian rutin, CGH mengesan kes positive pertama, seorang pekerja pengangkat barang yang asimtomatik dan telah divaksinasi sepenuhnya.



10 kes dikaitkan dengan kelompok CGH itu setakat ini.



Seorang jururawat CGH berusia 21 tahun juga dijangkiti Covid-19, namun beliau tidak dikaitkan dengan kelompok itu.



Sejauh ini, terdapat lapan kakitangan CGH yang dijangkiti dan ujian proaktif tidak mengesan sebarang kes lain, kata hospital itu.



Ketua eksekutif CGH, Profesor Ng Wai How, berkata:

"Rakan kerja kami yang terjejas pada umumnya sihat atau mengalami gejala ringan dan kami akan terus menyokong dan merawat mereka."



Ujian swab pengawasan tambahan bagi pesakit yang sedang dirawat di CGH yang mungkin merupakan kontak kes kakitangan yang terjangkit juga telah dijalankan dan semuanya didapati negatif.



CGH juga sedang mengawasi pesakit yang demam atau menunjukkan simptom jangkitan pernafasan.



Pesakit yang dikenalpasti sebagai kontak mungkin diasingkan dan terus menerima rawatan di bawah kuarantin.



Pelawat tidak dibenarkan ke wad-wad yang terjejas buat masa ini. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >