Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada kes baru Covid-19 dalam masyarakat, 12 kes import

Mar 22, 2021 | 11:49 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan terdapat 12 kes baru Covid-19 pada Isnin (22 Mac), kesemuanya merupakan kes import.



Enam kes baru itu merupakan pemegang permit kerja yang tiba daripada India dan Bangladesh, tiga daripada mereka merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia dan India.



Kesemua kes baru sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di Singapura, kata MOH.



Sementara itu, MOH berkata siasatan epidemiologi dan penjejakan kontak yang dilakukan menunjukkan terdapat hubungan antara tiga kes yang disahkan sebelum ini.



Kes 60102, 60389 dan 60439 mempunyai hubungan dengan kelompok Kes 60102, dengan kes terkini 60439 berhubung dengan kelompok pada 23 Februari lalu.



Kes 60102 merupakan wanita Singapura berusia 41 tahun yang bekerja sebagai kru kabin dengan Singapore Airlines dan disahkan dijangkiti Covid-19 pada 8 Februari lalu.



Kes 60389 merupakan suaminya dan Kes 60439 ialah pembantu rumahnya.



Sementara itu, lagi 13 kes telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah mereka yang telah sembuh sebanyak 60,051 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >