Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tiada kes baru Covid-19 libat warga S'pura/PR; 777 pesakit dibenar pulang: MOH

Jun 15, 2020 | 10:55 PM

TIADA kes baru Covid-19 melibatkan warga atau penduduk tetap Singapura dilaporkan hari ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin malam (15 Jun).

Hanya tiga kes masyarakat dilaporkan yang melibatkan pemegang pas kerja.

Manakala 211 kes melibatkan pemegang pas kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.

Secara keseluruhan, sebanyak 214 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini.

Sementara itu 47 pelajar dan 12 kakitangan Sekolah Menengah St Anthony's Canossian telah diuji bagi koronavirus dan hasil ujian mereka semuanya negatif.

Dalam pada itu, lagi 777 individu yang dijangkiti Covid-19 telah dibenar pulang hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Ini menjadikan mereka yang telah dibenarkan pulang kerana sudah pulih dari Covid-19 sebanyak 30,366 individu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3