Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tiada kes Covid-19 dalam kalangan pekerja lapangan terbang sejak 20 Mei

Mesti terus waspada, usah ambil sikap sambil lewa
Jun 12, 2021 | 05:30 AM



TIADA kes Covid-19 dalam kalangan pekerja lapangan terbang sejak 20 Mei lalu, dan ini adalah petanda sangat baik, kata Menteri Pengangkutan S. Iswaran.



Namun, Singapura tidak boleh mengambil sikap sambil lewa, malah harus tetap berwaspada dan berhati-hati.



Bertemu media pada akhir lawatannya ke Lapangan Terbang Changi semalam, Encik Iswaran berkata:



"Saya rasa adalah tanda yang sangat baik bahawa setelah ujian-ujian dilakukan, tiada lagi kes yang didapati di (Lapangan Terbang) Changi.



"Ini adalah tanda yang positif tetapi kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa, kita mesti berwaspada dan memastikan bahawa segala apa yang telah membawa kita ke tahap yang kita capai hari ini terus dipatuhi dengan ketat.



"Pengajaran yang kita telah garap daripada pengalaman dengan Covid-19 ini ialah jika kita lengah dan bersikap sambil lewa, tidak kira pada aspek mana dalam masyarakat, virus ini boleh menyerang dan menyebabkan cabaran yang cukup hebat."



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) berkata 42 daripada 43 pekerja lapangan terbang yang positif Covid-19 telah dibenarkan pulang, sementara yang seorang lagi masih dalam proses pemulihan di hospital.



Beliau tidak memerlukan oksigen tambahan.



Pembersihan dan penyahjangkitan di terminal-terminal penumpang Lapangan Terbang Changi dan Jewel juga telah selesai dilakukan dan kededuanya akan dibuka secara berperingkat, bermula dengan Jewel lusa.



Sistem zon pengasingan tambahan yang diumumkan pada 24 Mei lalu juga telah dijalankan di lapangan terbang tersebut.



Awal sebelum ini dilaporkan bahawa Lapangan Terbang Changi dipisahkan kepada tiga zon tugas bagi mengekang risiko penularan Covid-19 dalam kalangan pekerjanya kepada awam.



Kawasan ketibaan dan imigresen bagi pelawat serta tempat mengumpul bagasi kini disifatkan sebagai Zon 1, iaitu zon berisiko paling tinggi, dan merangkumi 4,400 pekerja.



Zon 2 pula - iaitu zon berisiko lebih tinggi berbanding Zon 3 - merangkumi pusat transit dan kawasan pelepasan dan imigresen yang mempunyai 2,000 pekerja.



Kawasan perhimpunan awam, yang melibatkan 7,600 pekerja disifatkan sebagai Zon 3 dan berisiko paling rendah.



Pekerja yang bertugas di Zon 1 perlu memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) pada setiap masa ketika bertugas kecuali ketika makan dan berehat di gerbang keberangkatan yang kini dijadikan tempat rehat bagi kakitangan.



Mereka juga harus menerima suntikan vaksin sepenuhnya, dan perlu menjalani rejim ujian yang dipertingkat.



Langkah-langkah tambahan itu dikuatkuasa setelah kelompok jangkitan melibatkan lebih 100 individu dijangkiti Covid-19 muncul di lapangan terbang itu pada bulan lalu.




"Saya rasa adalah tanda yang sangat baik bahawa setelah ujian-ujian dilakukan, tiada lagi kes yang didapati di (Lapangan Terbang) Changi.

Ini adalah tanda yang positif tetapi kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa, kita mesti berwaspada dan memastikan bahawa segala apa yang telah membawa kita ke tahap yang kita capai hari ini terus dipatuhi dengan ketat.

Pengajaran yang kita telah garap daripada pengalaman dengan Covid-19 ini ialah jika kita lengah dan bersikap sambil lewa, tidak kira pada aspek mana dalam masyarakat, virus ini boleh menyerang dan menyebabkan cabaran yang cukup hebat."

- Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >