Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada kesan buruk serius bagi kanak-kanak 5-11 tahun divaksinasi: HSA

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



TIADA kesan buruk (AE) serius yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 telah dilaporkan untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun setakat 31 Disember lalu, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



HSA telah menerima beberapa laporan mengenai AE yang tidak serius seperti gatal-gatal, pening, demam dan sesak nafas bagi mereka dalam kalangan lima hingga 11 tahun.



Menurut laporan The Straits Times, mereka dalam golongan usia 12 hingga 18 tahun, jenis AE yang sering dilaporkan termasuk ruam, gatal-gatal, angioedema (bengkak mata, muka dan bibir), sukar bernafas, debaran jantung, dada rasa tegang atau tidak selesa, demam, pening, pening-pening lalat dan syncope iaitu pengsan atau tidak sedarkan diri buat sementara waktu.



HSA berkata sebanyak 11,490,023 dos vaksin mRNA Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna/Spikevax telah diberikan antara 30 Disember 2020 dan 31 Disember tahun lalu.



Daripada itu, 14,729 laporan AE yang disyaki telah diterima.



Antara laporan tersebut, 747 diklasifikasikan sebagai AE yang serius.



HSA menambah bahawa AE yang dilaporkan dalam individu yang telah diberikan dos penggalak vaksin mRNA adalah serupa dengan mereka yang telah mengambil dua dos pertama vaksin, dan tiada peningkatan yang diperhatikan dalam kekerapan kejadian tersebut.



Terdapat 10 kes miokarditis dan perikarditis - jenis keradangan jantung - dilaporkan selepas 2.2 juta dos penggalak.



Kejadian anafilaksis yang jarang berlaku, alahan yang mengancam nyawa, telah berlaku selepas pemberian vaksin Covid-19 dan kadar kejadian tempatan dengan vaksin mRNA dianggarkan pada 0.88 setiap 100,000 dos yang diberikan - serupa dengan yang dilaporkan di luar negara.



Pada masa ini tiada laporan anafilaksis daripada dos penggalak.



Secara keseluruhannya, terdapat 1,165 kes baru Covid-19 direkodkan pada 17 Januari, meningkat daripada 863 pada hari sebelumnya tetapi tiada kematian.



Daripada jumlah tersebut, 534 merupakan kes import dan 565 kes tempatan.



Lagi 66 kes jangkitan lain merupakan kes yang terdapat di dormitori pekerja migran.



Sehingga 18 Januari, MOH berkata terdapat 218 pesakit di hospital, dengan 16 antara mereka memerlukan bantuan oksigen.



Sejumlah 91 peratus penduduk Singapura yang layak telah melengkapkan rejimen vaksinasi penuh, dan 53 peratus penduduk telah menerima suntikan penggalak vaksin.



Sehingga kelmarin, Singapura telah merekodkan 289,085 kes Covid-19, dengan 839 kematian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >