Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG MEDIA PASUKAN BERTINDAK BERBILANG KEMENTERIAN (MTF) BAGI COVID-19

Tiada langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi mulai Selasa

Apr 23, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) tidak lagi diperlukan dalam kebanyakan keadaan mulai 26 April, kecuali bagi situasi lebih berisiko tinggi seperti acara lebih besar, premis makanan dan minuman (F&B) serta pusat hiburan malam yang membenarkan orang ramai menari.



Pelonggaran ini diumum semalam pada sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian tatkala kadar vaksinasi Singapura berada pada tahap antara tertinggi di dunia dan kes Covid-19 di negara ini kian berkurangan.



Lebih 96 peratus penduduk yang boleh menjalani vaksinasi sudah lengkap divaksin.



Hospital dan pekerja jagaan kesihatan juga sedang membuat penyesuaian bagi menangani beban kerja klinikal lebih tinggi daripada pesakit Covid-19.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pertimbangan utama bagi mengenalkan VDS dahulu ialah mereka yang belum lengkap divaksin menyumbang kepada bilangan tidak seimbang pesakit yang terjejas teruk atau berada di hujung nyawa.



"Justeru apabila hospital kita masih di bawah banyak tekanan, VDS genting dalam memastikan kita tidak menambah terlalu banyak beban pada sistem jagaan kesihatan kita.



"Bagaimanapun, apabila beban kerja hospital kini mula agak berkurangan, terdapat kurang keperluan untuk VDS dikekalkan dalam keadaannya kini."



Bagaimanapun, VDS akan terus digunakan di lokasi berisiko lebih tinggi seperti pusat hiburan malam yang membenarkan pengunjung menari, di mana orang ramai berinteraksi lebih rapat dan berada dalam jarak lebih dekat buat tempoh masa lebih lama.



Ia juga perlu di acara lebih besar dengan sekurang-kurangnya 500 pengunjung pada sesuatu masa seperti makan malam gala berskala besar, majlis kahwin dan persidangan yang berpotensi menjadi ruang virus cepat menjangkiti lebih ramai orang, kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >