Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Tiada lanjutan bagi pemandu teksi, kereta sewa dapat vaksin jelang 1 Feb

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tiada lanjutan bagi pemandu teksi, kereta sewa dapat vaksin jelang 1 Feb

Jan 14, 2022 | 05:30 AM

PEMANDU teksi dan kereta sewa persendirian (PHC) tidak akan mendapat lanjutan melebihi tarikh akhir 1 Feb untuk mendapatkan vaksin sepenuhnya bagi Covid-19, walaupun terdapat rayuan yang dikemukakan persatuan masing-masing.

Namun pengendali teksi telah bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk membenarkan pemandu menangguhkan kontrak mereka sehingga mereka diberi vaksin sepenuhnya, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, dalam catatan Facebook semalam.

Ini akan mengurangkan beban kewangan pemandu yang memerlukan lebih masa selepas 1 Feb untuk mendapatkan vaksin sepenuhnya, kata beliau. Pemandu yang digantung kontrak tidak perlu membayar sewa semasa tempoh penggantungan.

Lebih 99 peratus daripada 66,500 pemandu teksi dan kereta sewa yang aktif telah diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya, tambah Dr Khor. Lebih tiga daripada empat juga telah menerima suntikan penggalak.

Hanya lebih 300 pemandu aktif yang layak dari segi perubatan, atau 0.5 peratus daripada semua pemandu aktif, masih belum menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Pemerintah telah mengumumkan pada Disember bahawa hanya pekerja yang mendapat vaksin sepenuhnya boleh kembali ke tempat kerja mulai 1 Feb. Peraturan ini dikenakan ke atas mereka yang bekerja sendiri seperti pemandu teksi dan kereta sewa swasta.

Jumaat lalu, Cik Yeo Wan Ling, penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) dan Persatuan Kenderaan Sewa Persendirian Kebangsaan (NPHVA), berkata persatuan itu meminta tempoh notis lebih lama untuk pemandu mendapatkan vaksin sepenuhnya.

Beliau berkata pemandu yang tidak divaksinasi telah menyatakan kebimbangan tidak upaya mendapatkan vaksin sepenuhnya tepat pada masanya, yang bermakna mereka akan kehilangan pendapatan sedangkan mereka masih perlu membayar perbelanjaan seperti yuran sewa kenderaan.

Dr Khor berkata pemandu berhubung dengan ramai orang semasa bekerja. Kemungkinan jangkitan varian Omicron yang lebih tinggi menjadikannya lebih kritikal bagi pemandu yang layak dari segi perubatan untuk mematuhi keperluan vaksinasi, tambahnya.

"Langkah-langkah vaksinasi di tempat kerja telah dilaksanakan untuk semua pekerja, termasuk golongan bekerja sendiri di Singapura untuk memastikan mereka serta orang tersayang dan masyarakat selamat," kata Dr Khor.

"Melanjutkan garis masa untuk pemandu teksi dan PHC kami yang tidak divaksin sebenarnya akan meletakkan mereka pada risiko kesihatan yang lebih besar."

Dr Khor berkata beliau telah bertemu dengan penasihat dan wakil NTA dan NPHVA untuk membincangkan kebimbangan mereka.

Beliau juga memberitahu mereka bahawa bagi pemandu yang telah mengambil sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin, terdapat tempoh tangguh sehingga 31 Januari untuk mereka melengkapkan rejim vaksinasi mereka.

Dalam tempoh tangguh ini, pemandu akan dapat terus memandu, selagi mereka mempunyai keputusan ujian pra-acara negatif harian daripada penyedia ujian Covid-19 yang diluluskan.

Dr Khor juga berkata pihak berkuasa akan bekerjasama dengan kesatuan sekerja dan pengendali untuk menghubungi 300 pemandu yang masih belum di vaksin, dan menggalak mereka mendapatkan vaksin.

"Kami menggesa semua pemandu yang layak dari segi perubatan yang masih belum diberi vaksin supaya mendapatkan suntikan secepat mungkin," katanya.

"Jika mana-mana pemandu ini memerlukan bantuan untuk mematuhi langkah vaksinasi di tempat kerja, mereka boleh menghubungi persatuan mereka atau LTA, dan kami akan melihat bagaimana kami boleh membantu mereka mengikut kes."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3