Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada lanjutan tarikh akhir 1 Feb untuk teksi, pemandu sewa privet untuk dapatkan vaksin penuh

Jan 13, 2022 | 06:18 PM



PEMANDU teksi dan kereta sewa persendirian (PHC) tidak akan mendapat lanjutan melebihi tarikh akhir 1 Februari untuk mendapatkan vaksin penuh terhadap Covid-19, walaupun terdapat rayuan oleh persatuan mereka.


Tetapi pengendali teksi telah bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk membolehkan pemandu menangguhkan kontrak mereka sehingga mereka diberi vaksin penuh, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, dalam satu kiriman Facebook pada Khamis (13 Jan).


Ini akan mengurangkan beban kewangan pemandu yang memerlukan lebih masa selepas 1 Februari untuk mendapatkan vaksin penuh, katanya. Pemandu yang digantung kontrak tidak perlu membayar sewa semasa tempoh penggantungan.


Lebih 99 peratus daripada sekitar 66,500 pemandu teksi dan kereta sewa yang aktif telah diberi vaksin Covid-19 penuh, tambah Dr Khor. Lebih tiga dalam empat juga telah menerima suntikan penggalak mereka.


Hanya sekitar 300 pemandu aktif yang layak dari segi perubatan, atau kira-kira 0.5 peratus daripada semua pemandu aktif, masih belum menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.


Pemerintah telah mengumumkan pada Disember bahawa hanya pekerja yang mendapat vaksin penuh terhadap Covid-19 boleh kembali ke tempat kerja mulai 1 Februari. Peraturan ini turut dikenakan ke atas mereka yang bekerja sendiri seperti pemandu teksi dan kereta sewa privet.


Jumaat lalu, Cik Yeo Wan Ling, penasihat Persatuan Teksi Nasional (NTA)  Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), berkata persatuan itu meminta tempoh notis lebih lama untuk pemandu mendapatkan vaksin penuh.


Beliau berkata pemandu yang belum divaksin telah meluahkan kebimbangan tidak mampu mendapatkan vaksin penuh tepat pada masanya, yang bermakna kehilangan pendapatan sementara mereka masih perlu membayar perbelanjaan seperti sewa kenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >