FIRMA perkapalan yang mengangkut sembilan kereta berperisai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dirampas di Hongkong pernah menggunakan bandar itu sebagai transit tanpa menghadapi sembarang isu, kata Panglima Tentera Darat Singapura semalam.
Mejar-Jeneral Melvyn Ong berkata SAF mendapatkan khidmat APL bagi mengangkut peralatan ketenteraan sejak 1990-an. Ia juga menggunakan syarikat penghantaran lain.