Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada negara kebal dari ancaman pengganasan; perlu kerjasama cegah ideologi radikal

May 20, 2022 | 07:51 AM



KUMPULAN pengganas seperti ISIS dan Al-Qaeda sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah dilanda kehilangan kepimpinan dan kemunduran, tetapi mereka telah terbukti berdaya tahan dan mudah menyesuaikan diri.



Pada masa yang sama, ekstremisme sayap kanan telah muncul sebagai ancaman yang semakin meningkat sedang penyokongnya menjadi lebih teratur dan mampu melancarkan serangan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, kelmarin.



Beliau menyatakan demikian pada hari pertama persidangan keselamatan serantau dwitahunan, Milipol Asia-Pasifik 2022, di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands.



"Tiada negara yang kebal - bukan juga Singapura," tambah Dr Faishal, yang menjadi tetamu terhormat persidangan itu.



Beliau menukil contoh seorang remaja Singapura berusia 16 tahun yang ditahan pada Disember 2020 kerana merancang menyerang penganut Islam di dua masjid di kawasan Woodlands pada 15 Mac tahun lalu, yang merupakan ulang tahun kedua serangan di Christchurch, New Zealand.



"Dia diilhamkan oleh ideologi ekstremis sayap kanan, mempunyai rasa benci yang kuat terhadap Islam, dan meminati keganasan," kata Dr Faishal.



Sambil menyatakan bahawa usaha domestik sahaja tidak akan mencukupi, menteri itu juga berkata agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia mesti bekerjasama untuk mencegah, mengesan dan menghalang kumpulan pengganas dan individu daripada melakukan tindakan keganasan.



Radikalisasi dalam talian adalah salah satu ancaman keselamatan terbesar yang dihadapi oleh semua negara hari ini, katanya.



"Untuk mengurangkan ancaman ini, kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi masyarakat dan industri untuk menghalang ideologi radikal daripada bertapak dalam masyarakat kita, terutamanya melalui wadah dalam talian," kata Dr Faishal.



Bercakap mengenai kerjasama antarabangsa dan perkongsian awam-swasta untuk menangani ancaman keselamatan, beliau berkata Milipol Asia-Pasifik membawa pegawai pemerintah, pengamal keselamatan, pakar antarabangsa dan pemimpin daripada sektor swasta bersama belajar dan bekerjasama antara satu sama lain.



"Dengan sifat transnasional, cabaran keselamatan dalam dunia kita yang semakin saling berkaitan, negara perlu terus bekerja rapat dan berkongsi kepakaran antara satu sama lain.



"Kita juga mesti melabur dalam perkongsian awam-swasta yang kukuh demi melaksanakan huraian teknologi yang membina keupayaan kita untuk menangani cabaran ini," kata Dr Faishal.



Sementara itu, beliau mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dengan Perancis, sambil menambah bahawa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri Perancis dalam pelbagai bidang kerjasama keselamatan, dan perkongsian kepakaran.



Kedua-dua kementerian itu kelmarin memperbaharui Rancangan Kerjasama Strategik mereka buat tiga tahun lagi dengan menandatangani penggal baru rancangan itu.



Pelan Kerjasama Strategik mula ditandatangani pada 2016 dan diperbaharui pada 2019.



Ia telah membenarkan MHA dan rakan sejawatannya dari Perancis memperdalam kerjasama dalam bidang seperti memerangi keganasan dan pertahanan awam, kata Dr Faishal.



Beliau menambah:



"Pembaharuan ini akan meluaskan skop kerjasama kami dan melihat perkongsian keselamatan yang lebih mendalam antara kedua-dua kementerian."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >