Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada pekerja asing M'sia tidur di jalanan seperti didakwa media NST: MOM

Dec 03, 2020 | 09:54 PM




PASUKAN bertindak silang agensi tidak menemui sebarang pekerja asing dari Malaysia yang tidur di jalanan seperti yang didakwa akhbar media Malaysia, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM). 




Bahkan pasukan tersebut telah menjalankan pemeriksaan rutin di serata negara dan mereka yang didapati tidak mempunyai tempat tinggal dirujuk kepada agensi relevan untuk bantuan, kata MOM dalam kenyataannya pada Khamis (3 Dis) malam.




Pegawai telah mengunjungi beberapa lokasi pada malam 26 November lalu, termasuk tempat yang disenaraikan Encik Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh, yang telah memberitahu akhbar Malaysia New Straits Times (NST) bahawa lebih 100 pemegang pas kerja Malaysia di Singapura tidak ada tempat tinggal kerana tidak mampu menyewa bilik atau katil.



Pasukan bertindak itu bagaimanapun tidak menemui sebarang pemegang pas kerja tidur di jalanan, ujar MOM.



Kementerian itu juga berkata menyusuli laporan NST berjudul "Homeless Malaysians in Singapore" (Warga Malaysia Tanpa Tempat Tinggal di Singapura) pada 22 November itu, ia telah menghubungi Encik Shahruddin pada 23 dan 27 November untuk mendapatkan maklumat tentang dakwaannya supaya mereka dapat memberi bantuan yang diperlukan kepada pekerja tersebut.



"Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberi maklumat seperti maklumat hubungan dan nama tertentu pekerja Malaysia tanpa tempat tinggal yang beliau dakwa telah temui. 



"Beliau juga mengaku tidak pernah bercakap secara langsung dengan pekerja-pekerja itu dan tidak dapat mengesahkan jika mereka benar-benar tidak mempunyai tempat tinggal.



"Beliau tidak tahu sebarang pekerja Malaysia yang tidak mempunyai tempat tinggal dan juga menyatakan bahawa beliau tidak memberitahu wartawan dari NST bahawa "lebih 100 warga Malaysia di sana hilang tempat tinggal".



MOM berkata mereka yang ditemui tidur di luar, termasuk pemegang pas kerja, diberi bantuan mendapat tempat tinggal.




Orang ramai yang tahu tentang pemegang pas kerja yang menghadapi isu penginapan harus merujuk mereka kepada MOM atau talian 24-jam Pusat Pekerja Asing (MWC) di 6536-2692 untuk bantuan lanjut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >