Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada pelajar yang dijangkiti sakit teruk tetapi keadaan tetap membimbangkan: Chun Sing

May 16, 2021 | 10:32 PM



BEBERAPA kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 mempunyai tanda jangkitan yang ringan tetapi tiada yang sakit teruk, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing pada Ahad (16 Mei). 



Sungguhpun begitu, keadaannya amat merisaukan kerana strain baru koronavirus kini lebih mudah menjangkiti dan nampaknya lebih menyerang kanak-kanak lebih kecil, tambahnya.



"Ini adalah satu aspek keprihatinan kita semua...Peningkatan mendadak dalam bilangan kes masyarakat hari ini memerlukan kita agar secara nyata mengurangkan pergerakan dan interaksi kita dalam hari-hari mendatang.



"Kami sedang meninjau perkara ini secara lebih dekat kerana kami tidak fikir ia merupakan perkara rambang yang hanya berlaku dalam satu hari sahaja," kata Encik Chan di sidang media maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengenai Covid-19.



Pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Madya Kenneth Mak, tidak hadir di sidang maya Ahad.



Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang telah berbual dengan Profesor Mak sebelum sesi taklimat ini menambah:



"Profesor Mak ada juga berkata bahawa kelihatannya strain B1617 nampaknya menjejas kanak-kanak lebih lagi, jadi anda akan lihat bagi sekolah-sekolah, responsnya berbeza daripada tahun lalu," ujar Encik Ong.



Beliau berkata Kementerian Pendidikan (MOE) bertindak segera bagi memutuskan agar sekolah dengan pelajar yang positif Covid-19 beralih ke pembelajaran di rumah (HBL) serta menguji seisi sekolah bagi virus tersebut.



"Ini juga langkah berjaga-jaga yang telah diperkenalkan baru-baru ini melihat pada tindak-tanduk berbeza strain virus ini," jelas Encik Ong



Beberapa pelajar dikenal pasti positif koronavirus baru-baru ini dengan ramai dikaitkan dengan kelompok di pusat tuisyen Learning Point di Parkway Centre.



Lima daripada mereka - dua orang dari Sekolah Kong Hwa, seorang dari St Andrew's Junior School dan dua lagi dari St Stephen's School - diuji positif pada 13 Mei selepas menghadiri kelas yang dikendalikan seorang tutor privet yang dijangkiti di pusat tuisyen itu. 



Lagi empat pelajar daripada pusat tuisyen yang sama - dua orang dari Kong Hwa, seorang dari Sekolah Rendah St Margaret dan seorang dari Sekolah Rendah Yu Neng - juga didapati positif Covid-19 pada Sabtu (15 Mei).



Satu lagi kumpulan pelajar yang berkait dengan Pusat Pembelajaran EduFirst di Hougang - dua dari Sekolah Rendah Yio Chu Kang dan seorang lagi dari Sekolah Rendah Palm View - diuji positif Covid-19 beberapa hari lalu.



Seorang pelajar Sekolah Rendah Yio Chu Kang yang menghadiri kelas tuisyen juga positif Covid-19 pada 13 Mei lalu. Dia dan murid lain di pusat itu dikuarantin dan diuji.



"Setahu kami, dalam kalangan semua pelajar yang sama ada dikuarantin atau telah disahkan menghidap virus itu, sesetengahnya mempunyai tanda jangkitan ringan tetapi tiada yang sakit teruk buat masa ini.



"Tentang bagaimana virus ini mungkin menjejas kanak-kanak secara berbeza daripada strain lain, saya fikir ia sebaiknya dijawab oleh kumpulan pakar perubatan dan kami tentunya akan memantau dengan dekat mengenai perkara ini," kata Encik Chan pula.



Selepas mengumumkan pada Sabtu, tujuh sekolah yang terjejas menjalankan pembelajaran di rumah, pada Ahad, MOE mengumumkan semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia serta sekolah pendidikan khas akan beralih ke pembelajaran di rumah.



Bagainmanapun, sekolah akan kekal dibuka bagi menyediakan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.



Encik Chan menambah, selain sekolah, terdapat risiko jangkitan dalam aktiviti di luar bilik darjah. Justeru itu, warga Singapura tidak mampu bersikap sambil lewa.



"Sedang keadaan virus ini terus berubah, kita tidak boleh membuat tanggapan yang salah bahawa ciri-cirinya kekal tidak berubah bagi strain virus berbeza," katanya.



"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >