Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada pengesahan haji dibatal, kata GSA

Mar 24, 2020 | 06:10 PM

TIADA pengesahan daripada kerajaan Arab Saudi sejauh ini bahawa Haji tahun ini dibatalkan, kata beberapa ejen penjualan pakej umrah dan haji (GSA) kepada Berita Harian (BH).


Namun, BH difahamkan bahawa buat masa ini, GSA diberitahu untuk menangguhkan atau tidak melakukan sebarang bayaran susulan berkenaan Haji kerana keputusan sama ada Haji akan diteruskan atau tidak belum dibuat, bergantung kepada penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.


“Mereka yang sebarkan berita tidak benar ini bersifat tidak bertanggungjawab,” ujar pengurus syarikat Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd, Ustaz Jalaluddin Hassan yang merujuk kepada khabar angin yang menular menerusi WhatsApp yang Haji dibatalkan.


Ini menyusuli video yang disebarkan di mana pihak Saudi mengumumkan dalam bahasa Arab bahawa kerajaan Saudi belum buat sebarang keputusan sama ada ingin menghentikan Haji tahun ini.


Menyifatkan khabar angin ini sebagai salah tafsir oleh mereka yang tidak begitu memahami bahasa Arab, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, berkata video itu adalah untuk memberitahu orang ramai untuk menunggu perkembangan terkini supaya mereka tidak perlu menanggung beban sekiranya tidak dapat melaksanakan haji.


“Buat masa ini kami diberitahu untuk tidak mengambil apa-apa tindakan berkenaan bayaran oleh kerana keadaan pandemik ini tidak menentu, dan kami perlu tunggu sehingga keadaannya lebih jelas,” ujarnya.  

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >