Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada peningkatan risiko strok daripada vaksin bivalen: MOH

Jan 14, 2023 | 10:21 PM



DATA tempatan pada masa ini tidak menunjukkan peningkatan risiko strok iskemia selepas menerima sama ada vaksin bivalen  Covid-19 Moderna atau Pfizer-BioNTech, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (14 Januari).



"Profil keselamatan vaksin mRNA bivalen telah diperhatikan serupa dengan versi monovalen mereka," kata MOH sebagai menjawab pertanyaan media.



Pertanyaan ini menyusuli terbitnya data daripada Vaccine Safety Datalink, di bawah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, yang memberi gambaran mereka yang berumur 65 tahun ke atas mungkin mengalami peningkatan risiko strok iskemia - yang boleh mengganggu bekalan darah ke otak - dalam tempoh 21 hari selepas menerima suntikan vaksin bivalen Pfizer-BioNTech.



Bagaimanapun CDC Amerika Syarikat ini serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan berkata data ini menunjukkan bahawa "tidak berkemungkinan besar" terdapat risiko klinikal yang tulen.



MOH menyatakan risiko itu dilihat dalam satu sistem pemantauan keselamatan vaksin, tetapi tidak diperhatikan dan disahkan dalam sistem atau analisis keselamatan Amerika yang lain, atau negara lain.



Ia menambah bahawa Amerika juga tidak mengubah usulannya supaya orang ramai menerima vaksin mRNA bivalen sebagai suntikan penggalak.



"Pfizer dan BioNTech juga telah menyatakan dalam satu kenyataan bahawa berbanding dengan kadar kejadian strok iskemia yang dilaporkan dalam kumpulan penduduk yang lebih berusia ini, mereka setakat ini telah memerhatikan jumlah strok iskemia yang dilaporkan lebih rendah berikutan vaksinasi dengan suntikan vaksin bivalen," kata MOH.



MOH juga menekankan kepentingan bagi orang ramai untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai vaksin Covid-19, dengan menyatakan beberapa kajian antarabangsa menunjukkan suntikan vaksin Covid-19 bivalen yang dikemas kini mengurangkan risiko penyakit teruk dan kematian.



"Penguasa Sains Kesihatan dan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 telah menilai manfaat kedua-dua vaksin bivalen Moderna dan Pfizer-BioNTech/Comirnaty Covid-19 terus mengatasi risikonya," kata MOH sambil menambah jawatankuasa pakar terus mengesyorkan bahawa orang ramai menerima suntikan penggalak bivalen mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >