Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada penyalaan lampu di Chinatown pada hujung minggu

Feb 06, 2021 | 05:30 AM



TIADA penyalaan lampu di Chinatown hujung minggu ini dan sehari sebelum Tahun Baru Cina pada 11 Februari sebagai sebahagian usaha mengawal perhimpunan pengunjung lebih ramai di kawasan tersebut.



Pihak berkuasa akan menyekat laluan ke kawasan popular di Chinatown, seperti Pagoda Street dan Trengganu Street, sewaktu masa sibuk hujung minggu, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam.



Lampu perayaan di South Bridge Road, New Bridge Road dan Eu Tong Sen Street tidak akan dinyalakan dari Jumaat hingga Ahad dan pada 11 Februari, kata MSE.



Ia juga mengumumkan pelbagai tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap pegerai dan individu penjual makanan dan minuman (F&B) yang melanggar peraturan Covid-19.



Secara keseluruhan, 74 orang telah didenda kerana melanggar undang-undang di taman dan pantai.



Dua kumpulan merangkumi lebih 20 orang setiap seorang juga sedang disiasat kerana didakwa berhimpun di East Coast Park dan Changi Beach Park pada 30 Januari.



MSE juga mengarahkan tiga cawangan F&B - Bumbu di Kandahar Street, Darts Buddy di Beatty Road dan Drinks Emporium di Club Street, ditutup.



Sembilan tempat makan termasuk Chinatown Seafood di Trengganu Street dan Bao Ding di Mosque Street, telah didenda $1,000 setiap satu.



Langkah pengawalan perhimpunan baru di Chinatown termasuk menutup tangga bergerak di stesen MRT Chinatown laluan keluar A dari masa ke semasa, bergantung pada saiz perhimpunan di Pagoda Street.



Penumpang akan diarahkan oleh pegawai stesen untuk menggunakan laluan keluar alternatif.



Chinatown lebih sesak daripada biasa menjelang Tahun Baru Cina dengan ratusan pengunjung ke pasar basah Chinatown Complex pada pagi Selasa lalu.



Pelbagai laluan masuk ke pasar itu telah dipagar untuk mengawal laluan dan terdapat penanda di lantai dekat pasar untuk mengingatkan pelanggan tentang jarak selamat satu meter.



Ekoran langkah yang dilaksanakan untuk mengawal laluan ke Pagoda Street dan Trengganu Street, MSE menasihati pengunjung agar ketepikan masa tambahan untuk berjalan dan beratur untuk memasuki kawasan lebih sibuk.



Langkah lain mungkin dikuatkuasakan bagi pengurusan perhimpunan dan keselamatan pengunjung bergantung pada keadaan termasuk penutupan Temple Street kepada trafik kenderaan, tambah MSE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >