Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada permit: SFA gantung bazar ‘Fiesta Ramadan’ di Downtown East

Apr 12, 2022 | 08:47 PM



OPERASI bazar Fiesta Ramadan 2022 di E!Hub@Downtown East digantung oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) mulai hari ini (12 April) setelah beroperasi tanpa permit sah.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, SFA berkata bazar itu telah dikendalikan tanpa permit oleh syarikat Events Business Management Pte Ltd dari Sabtu lalu hingga semalam.


Syarikat itu juga tidak mengendahkan amaran yang diberikan semalam agar menghentikan bazar itu.


SFA berkata ia akan mengambil tindakan penguatkuasaan.


“Semua pengendali bazar mesti mendapatkan permit daripada SFA bagi tempoh bazar itu.


“Ini membolehkan SFA memastikan bahawa pengendali telah mematuhi langkah-langkah untuk memastikan keselamatan makanan,” kata SFA.


Semasa pemeriksaan yang dijalankan, SFA mendapati lapan gerai makanan beroperasi di bazar di 1 Pasir Ris Close itu.


SFA berkata ia tidak meluluskan permohonan permit oleh Events Business Management Pte Ltd untuk mengendalikan bazar itu dari 9 hingga 24 April kerana ia tidak memenuhi keperluan SFA, seperti menyediakan maklumat tentang jadual pembersihan dan senarai gerai makanan, serta sama ada penjual makanan telah menjalani latihan kebersihan makanan yang diperlukan dan dibenarkan untuk mengendalikan barangan makanan.


Mereka yang didapati bersalah tidak mematuhi peraturan boleh didenda hingga $10,000. Pesalah berulang boleh didenda hingga $20,000 atau dipenjara hingga tiga bulan atau kedua-duanya.


Ketika dihubungi Berita Harian (BH), penganjur, Cik Noorismilda Ismail, dari syarikat N6y.sg, berkata pihaknya sebenarnya telah memberikan segala dokumen dan butiran termasuk pelan lantai terkini yang diperlukan kepada kontraktor mereka untuk diserahkan kepada SFA.


N6y.sg melantik Events Business Management Pte Ltd untuk mengendalikan dan menghantar pelan lantai kepada SFA.


“Kami telahpun mendapat kebenaran daripada Enterprise Singapore tiga minggu sebelum operasi. Pelan lantai awal kami juga telah kami serahkan kepada SFA seminggu sebelum operasi dan ia telah diluluskan. Namun pelan lantai terkini yang kami serahkan melalui kontraktor masih belum mendapat kelulusan tetapi kami diberitahu ia sedang dalam proses. Justeru kami meneruskan pembukaan bazar tersebut,” katanya.


Beliau menambah semua operasi telah digantung hari ini dan pihaknya akan berurusan dengan pihak SFA untuk menyelesaikan perkara tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >