Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Tiada pertunjukan bunga api sambut Tahun Baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tiada pertunjukan bunga api sambut Tahun Baru

Dec 22, 2021 | 05:30 AM

TIADA pertunjukan bunga api yang akan diadakan dalam acara sambutan Tahun Baru di Marina Bay tahun ini.

Pertunjukan bunga api dibatalkan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul serta mengurangkan risiko perhimpunan beramai-ramai di kawasan Marina Bay.

Namun, orang ramai masih boleh menikmati pertunjukan bunga api dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

Pertunjukan bunga api akan diadakan untuk menyambut tahun baru di estet perumahan di serata Singapura.

Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata maklumat lanjut mengenai pertunjukan bunga api di estet perumahan akan disediakan dalam masa akan datang.

Ini kali kedua berturut-turut pertunjukan bunga api pada acara sambutan Tahun Baru di Marina Bay dibatalkan akibat pandemik Covid-19 semenjak ia mula dianjurkan pada 2005.

Menurut jurucakap URA, orang ramai boleh menonton siaran khas sambutan Tahun Baru Mediacorp 'Let's Celebrate 2022' di televisyen atau dalam talian. Beberapa acara terpilih bunga api di estet perumahan dan sambutan dari Marina Bay akan dipaparkan dalam siaran tahunan itu.

Orang ramai juga boleh menikmati unsur-unsur menarik dalam acara Marina Bay Singapore Countdown 2022 seperti pertunjukan lampu yang ditampilkan buat kali pertama tahun lalu.

Satu projek 'Shine a Light' akan menampilkan 60 pancaran cahaya bergerak yang dipasang di lantai The Promotory.

Acara itu bermula pada 1 Disember dan akan terus berlangsung setiap malam hingga 31 Disember.

Satu lagi projek sempena sambutan tahun baru ialah ' Share the Moment'.

Ia merupakan projek masyarakat yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) dan memaparkan koleksi hasil seni pelajar yang dipancarkan di bahagian depan tiga bangunan ikonik di Marina Bay: Hotel Fullerton, Merlion dan Muzium ArtScience.

Orang ramai boleh menikmati pertunjukan pancaran lampu itu yang akan berlangsung setiap malam dari 26 Disember hingga 31 Disember.

Mengikut jurucakap URA, acara pertunjukan lampu telah dirancangkan berlangsung sepanjang bulan bagi membolehkan orang ramai menghadiri acara pertunjukan pancaran lampu ikut masa mereka sendiri demi mengelakkan perhimpunan orang ramai pada acara-acara ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3