TIADA perubahan kepada sekatan Covid-19 dalam masyarakat buat masa ini, sedang Singapura berusaha meningkatkan langkah sempadannya di tengah-tengah laporan kemunculan varian Omicron yang baru, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Encik Wong berkata adalah terlalu awal untuk menentukan sama ada untuk mengetatkan langkah dalam masyarakat sekarang, memandangkan mereka masih tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang varian baru itu.