Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada rancangan bersara

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



USIANYA sudah mencecah 70 tahun namun Encik Rafiq Mohammed tiada rancangan untuk berhenti kerja dalam masa terdekat ini.



Datuk kepada empat cucu itu yang ditemui di kedainya, Ansari Gems di pusat beli-belah Golden Landmark, masih sihat dan tegap, dan belum terfikir untuk tutup kedai dan bersara.



Malah, beliau merupakan antara 'otai' saudagar intan permata di sini, dengan pengalaman dan kepakaran berpuluh-puluh tahun lamanya.



Ia masih dihargai rakan seindustri lain.



Lahir dalam keluarga peniaga batu permata di Jaipur, India, Encik Rafiq berkata beliau sudah mula didedahkan kepada selok-belok dunia tersebut sejak di bangku sekolah lagi.



"Bila cuti sekolah sahaja, kami tidak ke mana-mana, ibu bapa saya akan suruh saya duduk dengan pekerja (di kilang batu permata) untuk belajar cara memotong dan menggilap batu-batu," ceritanya kepada Berita Harian.



Pada usia 12 tahun, beliau sudah disuruh mencuba memotong dan menggilap permata-permata kecil - batu dipotong menggunakan tangan sementara mesin digunakan hanya untuk mengilatkan permata yang telah dibentuk.



"Sebenarnya untuk potong tak susah, memanglah pada awalnya agak sukar.



"Bila kami mula dulu, mereka berikan kami batu-batu permata yang kecil sekali, tangan semua berdarah-darah sebab belum pandai, tapi bila dah pakar, tak ada masalah," kata beliau.



Pada 1973, Encik Rafiq datang ke Singapura buat kali pertama, setahun selepas mendirikan rumah tangga.



Beliau menubuhkan Ansari Gems pada 1981.



Pelanggan beliau majoritinya merupakan warga setempat yang membeli permata untuk dijadikan bahan perhiasan yang kemudian dijual kepada pelanggan mereka sendiri, kata bapa tiga anak itu yang mendapat kerakyatan Singapura pada 1995.



Ditanya adakah anak-anaknya merancang mengambil alih perniagaan beliau, Encik Rafiq berkata belum ada sebarang rancangan kerana ketiga-tiga anaknya - dua lelaki dan seorang perempuan - sudah pun mempunyai kerjaya masing-masing.



Namun, anak-anaknya itu tahu sedikit sebanyak tentang dunia intan permata, apakan tidak, "ia sebahagian darah daging mereka".



Bahkan, menurut beliau, anggota keluarga besarnya yang lain pun berada dalam industri batu permata di luar negara seperti di Hong Kong, Bangkok dan Tokyo.



Yang jelas, beliau masih tiada rancangan bersara daripada industri tersebut yang sudah menjadi sebahagian besar kehidupannya.



"Tahun ini saya berusia 70 tahun. Selagi mana tubuh saya masih membolehkan, saya akan terus bekerja.



"Lagipun kerja ini bukanlah tugas yang memerlukan kita banting tulang, asalkan mata kita masih bagus, itu sahaja yang diperlukan," ujar beliau sambil tersenyum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >