Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada rancangan jadikan vaksinasi syarat hadir prasekolah, sekolah rendah

Chun Sing: MOE, ibu bapa kerjasama bagi kadar vaksinasi tinggi untuk sambung aktiviti sekolah
Jan 11, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH tiada rancangan buat masa ini untuk menjadikan vaksinasi Covid-19 sebagai satu syarat bagi murid menghadiri prasekolah atau sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di Parlimen semalam.



"Tumpuan pada masa ini ialah memastikan kanak-kanak kita dilindungi dengan baik terhadap Covid-19 sedang kita memulakan vaksinasi bagi mereka yang berusia lima hingga 11 tahun," kata beliau semasa menjawab soalan berhubung langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) bagi kanak-kanak.



Program vaksinasi Covid-19 bagi kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun bermula lewat bulan lalu, dengan hanya vaksin mRNA PfizerBioNTech/Comirnaty diluluskan untuk penggunaan bagi mereka.



Hingga kelmarin, lebih separuh daripada murid darjah satu hingga enam sudah menempah slot janji temu mereka bagi mendapatkan vaksin, dengan lebih 42,000 murid telah menerima dos pertama mereka.



Encik Chan berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan ibu bapa untuk mencapai kadar vaksinasi tinggi bagi menyambung sebanyak mungkin kegiatan sekolah.



"Kepantasan, tahap dan pendekatan ke arah mengembalikan kegiatan sekolah akan bergantung pada pelbagai faktor, termasuk kadar vaksinasi dan juga kedudukan nasional secara keseluruhan," kata beliau.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pemerintah tiada rancangan memperkenal VDS bagi kanak-kanak, bermakna mereka boleh memasuki sekolah dan tempat awam, tidak kira status vaksinasi mereka.



"Kanak-kanak kurang kemungkinan mengalami penyakit teruk apabila dijangkiti, dan kita mahu mengekalkan, sebanyak mungkin, akses universal kepada pendidikan menyeluruh untuk kanak-kanak," kata Encik Ong di Parlimen semalam.



Jika kanak-kanak ini dijangkiti Covid-19, bil perubatan mereka akan ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah, tidak kira status vaksinasi mereka, dengan syarat mereka warganegara atau Penduduk Tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang dan tidak pergi ke negara lain semasa tempoh itu.



Kanak-kanak mempunyai janji temu vaksinasi semasa waktu sekolah tidak perlu ke sekolah. Jika berasa tidak sihat selepas mendapatkan vaksinasi juga tidak perlu pergi sekolah.



Dalam soalan susulan, Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, yang juga Ketua Pembangkang, bertanya apakah pemerintah akan membenarkan ibu bapa yang prihatin tentang kesan jangka panjang vaksin mRNA ke atas anak mereka menunggu hingga vaksin berdasarkan protein tradisional bukan mRNA diluluskan bagi kanak-kanak.



Encik Ong menjawab vaksin Pfizer-BioNTech telah menjalani ujian klinikal meluas dan hasilnya menunjukkan ia selamat dan berkesan untuk kanak-kanak.



Beliau menambah bahawa beliau sedar ramai ibu bapa bimbang tentang kejadian miokarditis, atau keradangan otot jantung, dek vaksin mRNA, namun berkata mereka "perlu mengimbanginya dengan aspek negatif dijangkiti".



Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) pula bertanya apakah pemerintah akan menasihatkan kanak-kanak supaya menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan vaksin Covid-19.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata pendekatannya tidak begitu berbeza daripada orang dewasa, dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan dinasihati melakukan pemeriksaan sebelum mendapatkan vaksin.



Namun, jika kanak-kanak itu sihat, saranannya ialah teruskan rancangan mendapatkan vaksinasi mereka.



Isu alahan, bagaimanapun, sedikit berbeza, kata Dr Janil, kerana seperti sembarang ubat, ia tidak diketahui dengan pasti.



"Pasukan di tapak vaksinasi dilatih untuk mengesan dan menangani alahan jarang berlaku. Dan sekali lagi, pengalaman kami dengan Covid-19 ialah ia tidak berlaku secara berbeza daripada vaksinasi lain yang diberi kepada kanak-kanak secara kerap," kata beliau.




“Ini berhubung kebimbangan yang sesetengah ibu bapa rasakan terhadap penggunaan vaksin mRNA bagi anak mereka. Ibu bapa ini, secara anekdot, bukan antivaksin. Ada daripada mereka telah mengambil vaksin mRNA buat diri sendiri. Namun, kebimbangannya ialah mengenai kesan jangka panjang, dengan hakikat bahawa vaksin ini diberi kelulusan kecemasan dan ada diberi kelulusan FDA, khususnya Pfizer-BioNTech. Apakah MOH akan membenarkan ibu bapa sedemikian menunggu hingga vaksin berdasarkan protein tradisional bukan mRNA diluluskan bagi inokulasi anak mereka agar dapat memberi mereka lebih banyak pilihan dan meredakan kebimbangan mereka?”
– Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh.



“Sesetengah anak kecil mungkin mempunyai masalah penyakit yang tidak dikesan, dan terutamanya alahan, jika ibu bapa mereka tidak menghantar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan bukan mandatori. Oleh itu, saya ingin bertanya apakah MOH akan menasihati semua kanak-kanak supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mendapatkan vaksinasi Covid-19?”
– Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >