Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Tiada rancangan tambah sokongan bagi sektor pengangkutan imbangi kos bahan api yang meningkat

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH tiada rancangan pada masa ini untuk menyediakan sokongan tambahan kepada sektor pengangkutan dari tempat ke tempat (point-to-point sector) untuk membiayai kos bahan api yang meningkat disebabkan faktor kuasa pasaran bekalan dan permintaan global, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor.



Menjawab soalan oleh Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) di Parlimen semalam, Dr Khor telah mengetengahkan beberapa langkah sokongan yang disediakan pemerintah buat sektor itu mengharungi cabaran semasa pandemik Covid-19 ini.



Dr Khor berkata pemerintah telah memperuntukkan lebih $1 bilion untuk menyediakan bantuan secara meluas dan juga bagi sektor khusus kepada pemandu pengangkutan dari tempat ke tempat di tengah-tengah keadaan jumlah penumpang yang lebih rendah.



Sejak Februari 2020, pemerintah telah menyediakan Pakej Bantuan Dari Tempat ke Tempat (PPSP), Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS) serta Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF).



Apabila diumumkan bahawa cukai petrol akan dinaikkan semasa Belanjawan tahun lalu sebagai sebahagian usaha kemampanan negara ini, pemerintah menyediakan rebat cukai jalan raya sebanyak 15 peratus, atau sekitar $120, dan tambahan rebat cukai petrol $360, kata Dr Khor.



Beliau menambah bahawa jumlah penumpang bagi sektor pengangkutan dari tempat ke tempat telah pulih daripada sekitar 70 peratus pada tahap sebelum Covid-19 pada Oktober tahun lalu semasa tempoh penstabilan kepada sekitar 80 peratus pada Disember lalu.



"Kami akan terus memantau sektor pengangkutan dari tempat ke tempat dan permintaan bagi perkhidmatan sedemikian demi memastikan pemandu dapat mengatasi cabaran dengan baik dalam tempoh sukar ini," kata beliau.




"Kami akan terus memantau sektor pengangkutan dari tempat ke tempat dan permintaan bagi perkhidmatan sedemikian demi memastikan pemandu dapat mengatasi cabaran dengan baik dalam tempoh sukar ini."
- Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >