Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada rancangan wajibkan penggemar daftarkan dron

Feb 04, 2016 | 09:16 AM



PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) tidak akan mengikut jejak langkah Amerika Syarikat yang baru-baru ini mewajibkan pengendali dron rekreasi mendaftar peranti mereka.


"Tidak ada rancangan melaksana pendaftaran pesawat udara tanpa pemandu di Singapura," kata seorang jurucakap CAAS sebagai respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times.


Penggemar dron tempatan tertanya-tanya apakah pihak berkuasa Singapura akan menyusuli selepas Amerika mengumumkan peraturan baru itu Disember lalu.


Pendaftaran di Amerika dibuka 21 Disember tahun lalu dan pemilik dron perlu mendaftar dengan Pentadbiran Penerbangan Federal menjelang 19 Feb atau berdepan dengan denda AS$250,000 ($357,000) atau penjara tiga tahun.


Setakat ini, Amerika dan Ireland ialah dua negara yang melaksana pendaftaran wajib dron.


Kementerian Pengangkutan dan CAAS, bersama kementerian dan agensi lain pemerintah, menjalankan kajian selama setahun mengenai rangka kerja pengawalseliaan bagi dron.


Antara isu utama dalam kajian itu ialah mengimbangi keselamatan dron dengan popularitinya yang semakin meningkat sebagai hobi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >