Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada rekod kes yang digambar pengguna Facebook tentang pesakit dihantar pulang

Nov 09, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) semalam berkata rekodnya menunjukkan tiada kes seperti yang digambarkan pengguna Facebook Encik Gilbert Goh mengenai pesakit yang dihantar pulang dari jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E).



Dalam satu pos pada 1 November, Encik Goh telah menerbitkan pengalaman yang didakwa mengenai seorang wanita berusia di bawah 50 tahun yang meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19 setelah dihantar pulang sebanyak dua kali dari A&E.



Pos itu juga menceritakan satu lagi pengalaman yang didakwa daripada seorang wanita berusia 20 tahun, yang dihantar pulang dari A&E walaupun mengalami sesak nafas.



Wanita itu dikatakan dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng, dan disahkan menghidap jangkitan paru-paru.



"Berdasarkan rekod kami, tiada kes seperti yang digambarkan dalam pos itu. Ini adalah dakwaan serius.



"Kami mengundang Gilbert Goh untuk tampil dan memberikan kami butiran pesakit dan kes yang didakwa itu, agar kami boleh mengambil tindakan susulan yang sewajarnya," kata MOH dalam satu catatan di Facebook.



"Kami ingin mengingatkan orang awam bahawa ketelusan dan ketepatan maklumat ialah asas kepada keyakinan awam dalam krisis pandemik.



"Oleh itu, apabila mengongsi pengalaman peribadi oleh individu, kami perlu memastikan ia disahkan, agar orang awam tidak membaca khabar angin dan kepalsuan," kata MOH lagi.



Dalam pos Facebook itu, Encik Goh telah menerbitkan catitan daripada seorang individu yang menyoal mengapa pesakit perlu menjalani pemulihan di rumah.



Individu itu mendakwa mengenali dua orang yang sakit dan telah ke A&E untuk mendapatkan rawatan tetapi dihantar pulang.



Program Pemulihan Di Rumah (HRP) ialah aturan jagaan umum bagi kebanyakan individu yang dijangkiti Covid-19, kecuali beberapa kumpulan.



Individu yang tidak divaksin atau belum divaksin sepenuhnya yang berusia 50 tahun dan ke atas, individu divaksin yang berusia 80 tahun dan ke atas, serta kanak-kanak di bawah usia satu tahun dikecualikan daripada program ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >