Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Tiada respons dari AP WP berhubung dakwaan salah urus kes rogol: Polis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tiada respons dari AP WP berhubung dakwaan salah urus kes rogol: Polis

Oct 21, 2021 | 05:30 AM

POLIS semalam berkata ia tidak dapat mengenal pasti kes serangan seksual yang didakwa anggota Parti Pekerja (WP), Cik Raeesah Khan, sebagai disalah urus, menyusuli satu pencarian meluas.

"Kami tidak boleh mengesahkan bahawa kejadian sedemikian sebenarnya berlaku," kata polis dalam satu kenyataan sambil menambah Cik Raeesah tidak memberi respons kepada permintaan untuk menawarkan lebih banyak butiran mengenai kes yang ditimbulkannya di Parlimen Ogos lalu.

Cawangan Jenayah Seksual Serius Jabatan Siasatan Jenayah (CID) yang menyiasat kes kesalahan merogol telah menghantar emel kepada Cik Raesah pada 7 Oktober lalu memintanya untuk menghubungi polis dan mengatur untuk melakukan wawancara menjelang 14 Oktober.

"Polis memerlukannya untuk menawarkan butiran mengenai kes itu.

"Beliau telah diberi jaminan bahawa polis akan melakukan segala yang perlu untuk melindungi identiti mangsa daripada diketahui umum," kata polis.

Satu lagi emel telah dihantar kepada Cik Raeesah Jumaat lalu memintanya untuk memberikan jawapan hingga Isnin, 18 Oktober lalu.

Bagaimanapun polis berkata ia tidak mendengar apa-apa daripada Cik Raeesah yang "sejauh ini belum membuktikan dakwaannya terhadap pegawai polis dengan butiran lanjutan mengenai kes itu."

Apabila dihubungi Berita Harian semalam, Cik Raeesah berkata beliau akan membuat kenyataan berhubung hal ini di sidang Parlimen pada 1 November nanti, tertakluk kepada kelulusan Speaker Parlimen.

Berucap semasa perbahasan mengenai pemerkasaan wanita pada 3 Ogos lalu, Cik Raeesah telah memberitahu Dewan bahawa beliau telah menemani seorang mangsa rogol berusia 25 tahun ke balai polis untuk membuat laporan tiga tahun lalu.

Beliau berkata pegawai polis yang menemuramah mangsa dikatakan telah membuat komen tidak senonoh mengenai pakaiannya dan kerana dia telah meminum arak.

Pada 4 Oktober, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah bertanya kepada Cik Raeesah di Parlimen untuk lebih banyak butiran seperti tarikh kejadian, balai polis mana telah beliau pergi untuk menemani mangsa, mengenai pegawai polis yang terlibat, dan sama ada beliau telah mengetengahkan kejadian itu kepada pihak polis atau memfailkan aduan.

Menurut Encik Shanmugam, polis telah memeriksa rekod mereka dan mendapati tiada kes yang memenuhi penjelasan yang diberikan Cik Raeesah.

Sebagai respons, Cik Raeesah mengesahkan bahawa kejadian itu benar tetapi menolak beberapa kali untuk mendedahkan lebih banyak butiran, sambil menyatakan keprihatinan kerahsiaan.

Encik Shanmugam berkata waktu itu polis akan mewawancara Cik Raeesah dan akan terus menyiasat kes ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3