Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada ruang sambil lewa dalam usaha S'pura perangi rasuah: Maliki

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA bersandarkan pendekatan serampang empat mata dalam menangani rasuah secara berkesan.



Sejak kemerdekaan, Singapura bahkan mengamalkan toleransi sifar terhadap rasuah dan komitmen teguh dalam menegakkan peraturan perundangan.



Menegaskan demikian dalam ucapannya pada sidang Meja Bundar Peringkat Tinggi Anti-Rasuah di The Hague, Belanda, pada 28 November lalu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata:



"Pemerintah, Perkhidmatan Awam dan rakyat kita sentiasa berwaspada dan berazam untuk mencegah rasuah.



"Kami tidak mendakwa mempunyai sistem anti-rasuah yang terbaik, walaupun kami mendapati bahawa pendekatan serampang empat mata berikut telah berjaya untuk kami selama ini."



Menurut Dr Maliki, Singapura bukan sahaja mempunyai kemahuan politik untuk menentang rasuah, malah mempunyai undang-undang anti rasuah yang boleh menangani dan mencegahnya.



Singapura juga mempunyai Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) yang menguatkuasakan undang-undang cegah dan Perkhidmatan Awam yang bebas rasuah dan berkesan yang didorong keinginan untuk berkhidmat kepada rakyat, kata Dr Maliki lagi.



"Kami bukan hanya memberatkan keupayaan malah integriti dalam memupuk pentadbiran yang baik.



"Saban tahun, menerusi tatalaku yang tidak boleh dipersalahkan dan dedikasi terhadap amanah awam, kami telah memupuk keyakinan tinggi pada sistem di mana keputusan yang diambil dan dasar yang dibangunkan adalah untuk manfaat awam dan bukan bagi kepentingan privet atau yang lain," kata Dr Maliki, sambil menambah pendekatan tersebut adalah berkesan bagi Singapura dalam usaha memerangi rasuah.



Memberi contoh, Dr Maliki berkata dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International, Singapura disenaraikan sebagai negara pendahulu di Asia dan keempat di peringkat dunia dalam kedudukan negara-negara di mana rasuah paling sedikit berlaku.



"Namun, kami sedar tiada ruang bagi kami bersikap sambil lewa kerana ancaman rasuah terus berubah," kata Dr Maliki.



Dr Maliki juga menyatakan komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan negara-negara lain dalam memerangi rasuah.



Ini termasuk memberi komitmen sepenuhnya di bawah Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC), kata Dr Maliki.



"Kami akan memberikan pertolongan yang sewajarnya, dan yang berada dalam bidang kuasa undang-undang kami dan tuntutan antarabangsa, kepada sebarang negara yang membuat permohonan rasmi kepada Singapura yang diiringi maklumat sokongan yang diperlukan," kata beliau.



Dalam pada itu, Dr Maliki berkata Singapura sedar undang-undang dan penguatkuasaannya hanya satu aspek dalam menentang rasuah.



Program latihan dan membina keupayaan untuk menambah keberkesanan pihak berkuasa di serata dunia juga penting dan Singapura telah bekerjasama dengan Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan latihan yang dihadiri lebih 16 negara.



Dr Maliki membuat lawatan kerja ke The Hague, Belanda, dari 27 hingga 29 November.



Beliau juga telah mengadakan perbincangan dua hala berasingan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar Belanda, Encik Wopke Hoekstra; Menteri Ehwal Luar Canada, Cik Melanie Joy; dan Menteri Ehwal Luar Ecuador, Encik Juan Carlos Holguin, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.




"Saban tahun, menerusi tatalaku yang tidak boleh dipersalahkan dan dedikasi terhadap amanah awam, kami telah memupuk keyakinan tinggi pada sistem di mana keputusan yang diambil dan dasar yang dibangunkan adalah untuk manfaat awam dan bukan bagi kepentingan privet atau yang lain."
- Dr Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >