Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tiada tempat bagi sikap perkauman di institusi pendidikan, dalam kalangan pengajar: Maliki

Lebih ramai tampil ceritakan pengalaman berkaitan staf Poly Ngee Ann
Jun 12, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) dan institusi pendidikan Singapura tidak akan bertolak ansur dengan sikap atau kata-kata berbaur perkauman yang sengaja dilakukan atau dilontarkan sebagai satu penghinaan tanpa memikirkan kepekaan sesebuah kaum atau agama.



Melahirkan rasa amat terkejut dan kecewa apabila mengetahui perkongsian seorang bekas pelajar Politeknik Ngee Ann (NP) mengenai cara pensyarahnya memberi pandangan peribadi dan menghina Islam dalam kelas pada 2017, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata kes itu sedang disiasat NP dan institusi itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin, termasuk memecat pensyarah itu jika dirasakan wajar.



"Tiada tempat buat sebarang kata-kata antikaum dan antiagama dalam institusi pendidikan kita, lebih-lebih lagi jika ia diluahkan seorang pendidik.



"MOE dan institusi pendidikan kita mempunyai pendirian 'toleransi sifar' terhadap sebarang sikap atau komen yang sengaja tidak peka dan menghina mana-mana kaum atau agama," ujar Dr Maliki dalam catatannya di Facebook malam kelmarin.



Encik Tan Boon Lee, yang sebelum ini dirakam melontar kata-kata berbaur perkauman terhadap satu pasangan berlainan bangsa dalam sebuah video yang tular di media sosial, kini didakwa bersikap tidak sensitif terhadap agama dan kaum oleh beberapa bekas pelajarnya.



Seorang bekas pelajar Encik Tan, Cik Nurul Fatimah Iskandar, 22 tahun, berkongsi pengalamannya di mana Encik Tan membuka perbincangan tentang Islam dalam kelasnya sambil berkata beliau tidak bersetuju dengan beberapa ajaran agama itu.



Menceritakan pengalamannya itu kepada Berita Harian (BH), Cik Fatimah berkata Encik Tan telah membuka laman web tentang Islam dalam kelas dan mengajak beliau berdebat tentang perkara itu.



"Saya sahaja pelajar Muslim dalam kelas itu dan duduk di barisan depan."



Dalam kenyataannya kepada media, NP berkata ia sedar akan tuduhan ke atas Encik Tan dan berasa kesal Cik Nurul melalui pengalaman itu.



"Kakitangan kami dijangka menghormati perbezaan budaya, etnik dan agama apabila mereka berinteraksi dengan pelajar," ujar NP.



Cik Fatimah, kini pelajar kejuruteraan elektrikal di Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata kejadian itu berlaku pada 2017.



Sebagai pelajar tahun kedua di politeknik itu, beliau berasa takut untuk bersuara selepas itu kerana khuatir ia akan menjejas rekodnya di sekolah.



"Sebagai seorang daripada golongan minoriti, apabila mengalami sebarang diskriminasi, kita rasa marah tapi takut pada masa sama, takut kalau kita bersuara akan diberi rekod hitam dan hubungan dengan pensyarah terjejas.



"Pada masa itu saya sendiri terfikir, kalau saya bersuara dan buat aduan apakah ini akan masuk dalam rekod saya dan jejas peluang saya ke universiti?" kata bekas pelajar madrasah itu.



Namun, beliau tetap memberanikan diri dan membuat aduan dengan sokongan kawan-kawannya yang mengalami perkara sama.



Bagaimanapun, beliau tidak menerima sebarang respons pada masa itu, kata Cik Fatimah.



Sejak beliau memuat naik pos di Instagram menceritakan pengalamannya itu, beberapa orang tampil menceritakan pengalaman mereka berkaitan Encik Tan. Seorang pengguna Instagram mendakwa Encik Tan pernah membuat komen serupa mengenai agama Kristian yang mengundang kemarahan ramai pelajar.



Encik Tan, 60 tahun, sedang bekerjasama dengan polis dalam siasatan.



Beliau telah digantung daripada mengajar di NP sementara politeknik itu menjalankan siasatan dalaman.



Hingga 9 malam semalam, Encik Tan tidak memberi respons selepas Berita Harian menghantar e-mel kepada beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >