Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada tindakan undang-undang terhadap adik-beradik tidak bermakna pihak lain bebas memfitnah saya, kata PM Lee

Nov 30, 2020 | 05:57 PM



PIHAK lain tidak mempunyai kebebasan untuk menggunakan hujah  adik-beradiknya berkenaan rumah keluarga di 38 Oxley Road untuk memfitnahnya, meskipun beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap adik-beradiknya, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Encik Lee berkata demikian semasa menjadi saksi di mahkamah pada Isnin (30 November), hari pertama perbicaraan seminggu kes saman fitnah yang dikenakan Encik Lee terhadap Encik Terry Xu, editor laman web The Online Citizen, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Menurut Encik Lee, pertelingkahan awam berhubung hartanah di Oxley itu adalah dari sudut sepihak dan beliau menekankan bahawa beliau dan isterinya Cik Ho Ching tidak mempunyai permusuhan terhadap abangnya Encik Lee Hsien Yang dan adiknya Dr Lee Wei Ling. 



Saman fitnah itu melibatkan satu laporan yang diterbitkan TOC pada Ogos tahun lalu bertajuk "PM Lee's wife, Ho Ching weirdly shares article on cutting ties with family members", atau "Isteri PM Lee, Ho Ching, secara pelik, berkongsi artikel mengenai memotong hubungan dengan ahli keluarga."



Artikel itu merujuk pada satu pos yang ditulis Dr Lee di mana beliau mendakwa PM Lee telah 

mengelirukan mendiang ayah mereka, perdana menteri pengasas Lee Kuan Yew, supaya menyangka 38 Oxley Road telah diwartakan oleh Pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >