Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada tolak ansur terhadap sebarang gangguan di tempat kerja: MOM, Tafep

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk gangguan di tempat kerja, termasuk gangguan seksual.



Agensi pemerintah juga bekerja rapat dengan rakan kongsi untuk mengurus kes sedemikian dan menyokong pekerja terjejas menerusi dua pendekatan, iaitu pendidikan dan penguatkuasaan.



Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep) dalam satu kenyataan bersama semalam.



"Ia memerlukan usaha seluruh masyarakat untuk memupuk persekitaran kerja yang selamat, menggalak melaporkan semua bentuk gangguan di tempat kerja, dan menyokong mereka yang telah terjejas," kata MOM dan Tafep yang akan terus mengukuhkan perkongsian mereka dengan semua pihak berkepentingan untuk bersama menangani gangguan seksual di tempat kerja.



Tafep juga bekerja rapat dengan rakan kongsi masyarakat, seperti Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) dan Institusi Sumber Manusia Singapura, dalam membangunkankan Majlis Nasihat Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Gangguan Tempat Kerja (termasuk gangguan seksual), perlindungan undang-undang dan sumber bantuan untuk individu yang terjejas, serta cara majikan boleh memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.



Selain itu, Tafep bersama rakan kongsinya akan menjalankan kursus untuk melatih kakitangan utama seperti jabatan sumber manusia (HR), pengurus dan penyelia untuk mengamalkan dasar pencegahan dan pengurusan gangguan di tempat kerja.



Lebih 950 wakil syarikat telah dilatih sejak lima tahun lalu.



Tafep juga baru-baru ini telah melancarkan kempen anti-gangguan di tempat kerja untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenis gangguan di tempat kerja bagi menggalak individu terjejas supaya mendapatkan bantuan.



Semua majikan juga harus patuh kepada Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TGFEP) yang memerlukan majikan untuk melaksanakan prosedur betul bagi menangani rungutan di tempat kerja, termasuk berkaitan dengan gangguan seksual.



Antara lain, Tafep juga bekerjasama dengan Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) untuk merujuk kes kepada Tafep setelah mendapat persetujuan klien.



Pihak polis dan Tafep memastikan kes yang dilaporkan dikendalikan secara sensitif dan dengan kerahsiaan.



Akta Pekerjaan dan TGFEP melindungi sesiapa sahaja yang melaporkan insiden gangguan di tempat kerja daripada pemecatan yang salah atau diskriminasi rawatan.



Jika sesiapa menghadapi gangguan seksual di tempat kerja, sila dapatkan bantuan menerusi talian 6838 0969 atau buat laporan di laman www.tal.sg/tafep/contact-us.



Pemerintah sentiasa mengkaji semula pendekatan dalam menangani gangguan di tempat kerja dan akan mengambil kira cadangan dalam laporan Aware.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >