Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiang mesin bancuh tanah tumbang di tapak projek Towner Road; tiada orang cedera

Jul 30, 2022 | 04:48 PM



TIANG mesin pembancuh tanah tumbang di tapak projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Towner Road pada pagi Sabtu (30 Julai).



Tiada orang yang cedera dalam kemalangan tempat kerja yang berlaku sekitar 9.30 pagi, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebagai respons kepada pertanyaan media.



Satu pasukan terdiri daripada tiga pekerja yang digajikan L&M Foundation Specialist sedang menjalankan pemeriksaan pada mesin itu apabila tiangnya tertanggal dan jatuh, kata MOM.



Foto mengenai kemalangan ini yang dikongsi di media sosial menunjukkan bahawa tiang yang tumbang itu juga menyebabkan beberapa penghadang besi yang mengelilingi tapak kerja itu juga tertanggal. Tapak kerja itu dinaungi He Zhan Construction.



Sebahagian besar tiang itu juga boleh dilihat bersepahan di jalan raya di luar tapak binaan itu.



MOM berkata ia sedang menyiasat kemalangan tersebut.



Ia menambah: "Sebagai langkah keselamatan umum, peralatan harus digerakkan sejajar dengan ketetapan pengeluar dan diselia secara tetap."



Kemalangan itu berlaku di tengah-tengah  isu keselamatan tempat kerja yang terus diteliti pihak berkuasa di sini, dengan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, minggu ini, menggesa syarikat dan pekerja agar kembali berada di landasan dalam mencapai piawaian keselamatan dan kesihatan bermutu tinggi di tempat kerja.



Dalam satu wawancara susulan bersama akhbar The Straits Times, Dr Tan berkata mengawasi tapak kerja merupakan tindakan yang dipertingkat sebagai respons pada berlakukanya banyak kemalangan yang membawa maut di tempat kerja.



Terdapat 31 kematian yang bersangkutan dengan tempat kerja, jumlah paling tinggi dalam tempoh serupa sejak 2016 dan melebihi 30 kematian pekerja yang dilaporkan pada keseluruhan 2020.



Sebagai isyarat bahawa terdapat keprihatinan yang memerlukan berkaitan dengan tambahan kes kematian, Anggota Parlimen Radin Mas, Encik Melvin Yong, akan mengutarakan soalan tentang keselamatan tempat kerja dalam hujah selama 20 minit dalam sambungan sidang Parlimen pada Isnin, dengan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad bakal menjawabnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >